09022009....
unik dan istimewa
di hari yang indah
bermula seawal pagi
diiringi titisan-titisan hujan kedamaian
penantian dan debaran
perjalanan hari amat tenang sekali
nafas seiring masa
helah seiring doa
dan tatkala tenaga dan cahaya dipuncak
tatkala tenaga rezeki di undang dgn pelbagai cara
sedang camar telah kembali ke sarang
tika tubuh mula merehatkan sendi dan saraf
waktu malam mula melabuhkan keheningan
maka salam selamat datang dipersembahkan
yang keempat...dan jua yang ke sembilan
ke alam fana.. ke semesta nyata
tangisan dan teriakan senada
sebagai tanda tibanya
berakhir satu penantian
bermula satu episod kehidupan
terzahir sebuah impian
salam sayang buat Mir
Mir Amanda Syarmiel
No comments:
Post a Comment