Tuesday, 30 November 2010

Happy Birthday Mak!


Hari ini 29/11/10 merupakan ulangtahun kelahiran Puan Fazilliah Binti Ramli...yang juga merupakan insan tercinta yang paling ku sayang. Mak, seorang yang penuh kasih sayang dan cekal hati. Kasih sayang yang tiada tolok bandingnya hinggakan tumpah dan melimpah pada insan-insan yang hadir dalam hidupnya.. Sejak kecil aku melihat mak membesarkan aku adik beradik dengan tidak pernah sekalipun meninggi suara, apatah lagi merotan atau memukul. Tutur kata yang lembut sering membuatkan ramai yang ingin bermanja dengannya hehe :)

Masa kecil dulu aku masih ingat, kalau bercakap, guna perkataan 'aku' pun dianggap kasar dan pasti kena marah. Apatah lagi kalau nak bercakap yang bukan-bukan seperti kabanyakan budak-budak sekarang yang makin luas tatabahasa walau di usia muda namun yang sedihnya tatabahasa yang kurang enak didengar.

Keramahan mak juga sering mengundang ramai org untuk sering berkunjung dan melawat tak kira di mana saja mak berada. Antara satu lagi tarikan mak ialah masakannya. Pergh! Memang tidak ada tolok bandingnya. Pada ku semuanya sedap-sedap belaka.. masakan yang penuh perasaan, penuh 'hadir' , penuh dgn kerelaan... aku tidak tahu entahkan bila akan menjadi seperti itu.. masak? hmm 'jarang-jarang'..bak kata pak belalang hehe...

Dan aku amat bersyukur di kala ini aku berkesempatan untuk hidup, tinggal bersama mak, menemaninya, berbual dengannya, cuba untuk sentiasa menggembirakan hatinya, menjaganya, cuba membeli apa saja yang dihajatinya malah kadang-kadang tidur dengan mak!!

Tiap hari aku berdoa agar dapat membahagiakan dan menggembirakan mak sehabis daya ku kerana aku tau aku pasti tidak dapat membalas segala jasa dan kebaikannya padaku selama hayat ku walau pun ku lambakkan segunung emas permata maupun wang berjuta.

Mak, ketahui lah, kau amat istimewa dan aku amat menyayangi mu. Selamat Ulangtahun Kelahiran!!!


Tuesday, 16 November 2010

Salam Aidil Adha


Salam Aidil Adha buat semua.. semoga segala pengorbanan dan amal ibadat kita diterimaNya dan marilah kita sama-sama berazam bagi yang belum menjejakkan kaki ke Tanah Suci agar sama-sama kita diberi peluang menunaikannya. Insyaallah.

Monday, 15 November 2010

Saturday, 13 November 2010

Ada Aku Kisah

"Eii apasal kau gemuk ah?
Apasal kau belum kawin?
Kau tau si Meon tu kawin dua!
Nak tau , anak si joyah tu SPM tak lulus.. bergaya je lebih..
Senang je si Ani tu naik pangkat..jangan-jangan ada skandal dengan bos tak?
Dll.."

Berikut adalah pernyataan-pernyataan yang rata-rata rasanya biasa kita dengar. Pernyataan yang biasanya mengundang umpat keji dan kemarahan.  Masyarakat kita terlalu banyak sangat membazir masa dengan melihat ke luar tingkap rumah mereka berbanding di dalam rumah sendiri. Persoalannya, 'Ada Aku Kisah?'

Banyak perkara lain boleh dimanfaat berbanding menyibuk hal orang lain. Ketahuilah untuk terus kekal maju jaya harus dari masa ke semasa muhasabah diri , mensyukuri nikmatNya, memperbaiki kelemahan diri, mendoakan tetangga dan taulan, memuliakan orang tua dan pelbagai lagi kebaikan-kebaikan yang boleh dibuat hanya dengan tidak memperkatakan perihal dan membuka pekung orang lain.

Sesungguhnya segalanya adalah ketentuanNya.. jangan sesekali lupa akan setiap yang berlaku itu adalah Qada' dan Qadar Nya... tiap kekurangan, tiap kepincangan, tiap masalah, dan apa saja yang mungkin menjelikkan hati dan mata, ada asbab musababnya yang tidak semua dari kita dapat meneroka ke dalam pengajarannya. Percaya pada KekuasaanNya..Percaya pada aturan susunan kejadianNya.... Jadi, kurangkan kerisauan , kebencian, kekepohan dan pembaziran akan perkara-perkara yang tidak perlu kerana 'Ada Aku Kisah?'..... :)

"Untuk hari ini, aku hilangkan segala kemarahan ku"
"Untuk hari ini, aku hilangkan segala kerisauan ku"
"Untuk hari ini, aku mengucapkan syukur akan segala nikmat dan rahmatNya"
"Untuk hari ini, akan berlaku jujur"
"Untuk hari ini aku akan berbuat baik pada semua makhluk"

Saturday, 6 November 2010

Warna-warni Di Sebalik Solat Awal Waktu



Tubuh badan kita bekerja dengan menyerap tenaga daripada gelombang tenaga warna alam. Mungkin ramai yang mengetahui akan spektrum warna-warna pelangi dan dengan pantas sahaja boleh menyatakan warna-warnanya. Namun tidak ramai yang tahu bagaimana gelombang tenaga ini berguna untuk tubuh badan, minda dan emosi kita. Keharmonian tenaga-tenaga ini pada tubuh kita membuatkan kita sentiasa dalam keadaan yang berfungsi dengan baik dan damai, namun apabila ketidakseimbangan atau sekatan berlaku maka itulah titik tolak segala permasalahan berlaku. Melalui terapi Reiki dapat membantu mengharmonikan kembali tenaga ini dan tubuh dapat berfungsi seperti sediakala. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya atau kunjungi pusat terapi Reiki di Bangsar. Layari http://www.reikibangsar.blogspot.com/ / http://www.goldmaplesynergy.com/

Wednesday, 3 November 2010