Kini SYAABAN menghapiri pertengahan...dan kita amat selesa dgn Nisfu Syaaban...pertengahan Syaaban yang mana bakal menyaksikan buku amalan kita ditukar baru... sudahkah kita bersedia utk itu?
Menghampiri awal Syaaban yang lalu merupakan ulangtahun kelahiran ku yang ke 36 bagi tahun masehi... 20 Jun 2012 kali ini amat istimewa kerana walaupun berjauhan dengan keluarga, ibu dan adik..namun ku diberi peluang utk bersama teman sepejabat malah lebih istimewa bersama tetamu istimewa lagi disayangi. Momen atau saat itu amat lain, perjalanan hari itu amat unik. terasa energi kasih sayang dan rahmat Yang Maha Esa buatku terlalu besar dan banyak sekali...apa mungkin dapatku berterima kasih dgn segala amalan ku yang masih daif ini... sungguh Yang Maha Kuasa itu Maha Kaya..kaya segalanya...
Kini nisfu syaaban bakal kita tempuhi tidak lama saja detiknya lagi. Maka kiranya ada hajat yang berat dan besar , maka berdoalah... maka berpuasa lah.... nescaya ...yakinlah Allah akan mengabullkan doa org yang berpuasa.....
Ayuh semua...muhasabahlah diri kita seadanya... maafkan lah..dan terus memaafkan....
Sayanglah dan terus menyanyangi....
Sunday, 1 July 2012
Saturday, 9 June 2012
update!
Salam Rejab... Salam Jun... Salam bahagia ...
Sedar tak sedar sudah setengah tahun kita kembara di tahun ini, dan agak lama tak bercoret di sini. Pelbagai perkara sudah pastinya telah berlalu dan ada yang terpahat di minda dan jiwa dan ada yang masih berusaha utk memperbaiki.
1. Alhamdulilah kini pusat terapi bangsar masih bertahan hingga kini dan operasi diperhebatkan lagi dengan beberapa servis tambahan berbanding sebelum ini. Selain fokus kepada servis terapi kesihatan , elemen kecantikan juga ditawarkan dan bagi yang ingin mencuba amat dialukan.
2. Pada penghujung April, menjadi detik kesuraman bagi keluarga apabila perginya bapa saudara, Allahyarham Umar Mohd.Desa , adik kepada arwah ayah mengadap Yang Maha Esa setelah sebulan menjalani rawatan di hospital. Detik akhir beliau amat menyentuh hati . Beliau seakan tahu waktunya telah tiba, memanggil isteri beliau utk didakap dan mengajak bersamanya berzikir. Perginya allahyarham ketika beliau sedang berzikir. Subhanallah..moga rohnya dicucuri rahmatNya.
3. Aku masih dgn rutin dan tanggungjawab ku bekerja dan berusaha utk menjayakan , menukar 'cuaca' dan memberi lebih inspirasi kepada semua yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan.. adakala terasa juga ingin undur diri dek keletihan... dan pelbagai lagi namun, utk masa ini usaha masih diteruskan...moga ada sinar kejayaan dan kekayaan nanti ....
4. Proses menjual rumah di kampung telah selesai kini menanti proses pembelian rumah baru pula...Ya Allah permudahkanlah bagi ku segala urusan yang terlibat..mudahkan segalanya agar ibu tersenyum bahagia.Amin.

Sunday, 18 March 2012
Gering
Aku gering semenjak dua menjak ini... gering hati..gering kepala..gering tubuh badan..gering fikiran...gering keringat...segalanya gering...
Adakalanya diri tertanya adakah telah terlebih sudah segala daya... apakah ter over do it? Bukankah selalunya aku bekerja work smart? apakah ini tanda kemahuan ku bertambah dan aku terus menerus mendera diri hingga gering? atau tanda bebanan ini sungguh berat utk bahu ini memikul?
Sungguh kuat denyutan di kepala seakan ada batu bertahta...wahai gering nyahla segera... daku perlu segera sihat dan kembali ke persada...
Bertapa berat tanggungan ini harus ku tempuhi jua.. wahai Yang Maha Esa..semoga ku sentiasa bawah lindungan kasih sayangMu..

Sunday, 5 February 2012
Salam Maulidur Rasul 1433
12 Rabiul Awal 1433
Suasana meriah di tv dan di luar.. Alhamdulilah kini kecintaan itu makin menular di hati ramai umat mu wahai Rasul terakhir..Muhammad saw... pun andai kau masih ada bagaimanakah agaknya suasana ini...
Andai kau masih ada ya Rasul kecintaan Allah...
Apakah masih ada penyanyi dan mereka yang bergelar artis di pentas media kini atau aksi mereka di pentas lain ?
Apakah seorang guru itu akan menyampakan ajaran kini atau coraknya jauh berbeza?
Apakah seorang polis itu lebih berhemah atau caca marba kiranya etika mereka?
Apakah pemandu lori dan bas masih bersikap terburu seperti kini atau ke arah pemanduan lebih berhati?
Apakah akan tercipta bangunan pencakar langit yang indah oleh arkitek berkaliber atau berbedakah rupabentuknya?
Apakah akan wujud pelbagai parti politik atau hanya yang satu?
Apakah seorang anak itu akan terus lalai dan leka akan tanggungjawabnya pada kedua org tua mereka atau penuh hormat dan kasih sayang?
Apakah seorang hamba itu akan terus mungkar atau insaf dan taat akan perintahNya?
Andai kau masih ada Ya Rasullullah SAW...
Ku mengharap cinta ini terus subur dan mekar..

Monday, 30 January 2012
HD!
Salam..
:)
Kenapa aku senyum? sbb mmg aku tersenyum tika tangan ini merayap di atas keyboard laptop ku ni..
Entah apa sudah jadi kebelakangan ini bagai terbuai..bagai berbunga bunga segalanya...
Bertemu seseorang? hmmm not really... bertemu sebuah buku sebenarnya...
Nak dijadikan cerita, ketika aku outstation baru-baru ini, seperti biasa bila boring melanda kala lepas waktu kerja tambahan pula masa tu weekend..aku suka merayap di kedai buku, bertemu pula MPH...hmm apalagi...
Aku ni mmg suka membaca sejak kecil dan dulu kala mmg suka sgt baca novel melayu jiwang jiwang karat lepas tu berangan...mcm biasalah kan... tapi dah lama dah tabiat tu aku tak buat...kalau beli buku pun banyak yang ilmiah cehwah.. self help la... motivasi la... english novel ala ala cerita yang lebih dewasa konon..hehe... cuma hari tu itu ketika aku melangkah ke bahagian novel malayu ada satu buku ini yang tajuknya begitu mendorong aku utk membeli..
Kalau ikut umur selalunya aku tak layan dah novel novel mcm ni..cuma tajuknya tu agak sgt menarik hati ini lalu aku pun beli bersama beberapa buah buku lain.Ambik kau.. yang masih belum baca pun berderet kat rumah ni..sungguh tak sedar diri...
Apa pun sejak aku membaca novel tersebut sampai tido lewat, nangislah, gelak la, suka la, berangan la...rasa macam ada suatu rasa yang lain dlm diri ini...
Gelagatku seolah kembali remaja.. perasaan ku seolah kembali berbunga... hilang semua keseriusan ku selama ini dan mood kerja teknikal semua hanyut..adusss
Dah aku asyik menatap novel dan ralit membaca saja sekarang ini di samping mendengar lagu lagu jiwang...apa sudah jadi? hehe
Namun ku perhati dan ku teliti tiap detik kembali..satu persatu..ku temui beberapa clue.. bersangkutan... HD! apa kau sudah buat ni hah? novel tersebut oleh seorang novelis menggelarkan diri HD! dahla selama ini aku asyik dengan kempen Hijrah Diri atau ringkasannya HD! OH sungguhla aku yg terHD ni!
Apa pun aku gembira akan segala pembacaan ku.. aku gembira kerana rasanya yg rapat dalam diri ini sudah ada ruang sedikit utk cahaya senyum...cahaya gembira...cahaya angan angan hehe.... mungkin itu yang aku perlukan...
Buat adik ku HD, TERIMA KASIH.. aku sanjung tiap usaha mu...aku akan terus menyokong usaha murni dan isi hati mu itu...

Thursday, 26 January 2012
Kau..Teman..
Wednesday, 25 January 2012
Penghujung Pencarian
1 Rabiul Awal hari ni ...diri menjadi syahdu.. ada kisah terungkap...
saat kepergian insan super menemui kekasihnya...
jom layannn...

Subscribe to:
Posts (Atom)