Saturday, 22 March 2008

JUARA

Saya amat tertarik ketika menonton sebuah rancangan di saluran ntv7 sebentar tadi yang memaparkan kisah si gadis Chai Fong Yin. Siapa Chai Fong Yin? Sebelum ini saya sendiri pun tak kenal siapa beliau apatah lagi untuk mengkaguminya. Beliau merupakan juara wushu dunia wanita 2 tahun berturut bagi acara taijiquan. Kisah di tv menceritakan bagaimana beliau telah mula berjinak dalam dunia wushu sejak berumur 4 tahun lagi. Atas desakan dan kemahuan bapa beliau sendiri. Bayangkan kanak2 sekecil itu telah dipaksa menjalani latihan setiap hari bermula seawal 5.3opagi. Sebelum subuh tu!

Ibunya menceritakan bertapa sukarnya di awal beliau mula menjalani latihan. Nak bangun pun susah, sembunyi, malas, menangis dan pelbagai lagi. Zaman kanak2nya yang biasa dihabiskan dgn bermain bersama kawan2 oleh kanak2 lain tidak dirasainya. Beliau menjalani kehidupan yang sungguh berbeza sekali dan penuh dgn jadual latihan yang ketat.

Beliau mula menyerlah dan menempa kejayaan ketika berumur 12tahun. Telah diberi latih tubi untuk menyertai kejohanan yang besar hinggakan apa itu sukan Olimpik pun masih beliau tak ketahui. Oleh kerana harapan yang tinggi pada bakat beliau, beliau telah dihantar untuk berlatih di China. Di sana lebih ramai atlit2 yang sememangnya hebat2 belaka apatah lagi acara ini mmg amat dikenali di negara itu. Sedikit sebanyak pada mulanya membuatkan beliau agak kurang yakin dgn kebolehan diri. Namun atas sokongan dan galakan pelbagai pihak telah memungkinkan beliau muncul sebagai Juara Dunia!! Juara Dunia Wanita pertama dari Malaysia yang menang 2 tahun berturut2. Kata beliau, yang banyak membantu kejayaan beliau adalah kerana kini beliau telah dapat menerima takdir bahawa sukan wushu ini memang untuknya. Dan beliau faham akan desakan dan paksaan ibubapanya semasa kecil melatih beliau bersungguh2.

Saya sungguh kagum..dan membuat saya terfikir...apakah kisahnya juga sama seperti Tiger Wood yang sejak dari umur 2 tahun lagi diasah untuk bermain golf? Menghadapi kesukaran pada awalnya dan lihatlah tahap pencapaian beliau sekarang!

Untuk pencapaian cemerlang , kita perlu menjadi berbeza daripada orang lain, perlu melakukan sesuatu di luar norma yang ditetapkan, pengorbanan dan kerja keras..Apakah kita sanggup melakukan demikian pada anak2 kita? Memaksa mereka melupakan zaman riang bermain dan bergurau senda dan ditukar dgn latih tubi serta jadual yang ketat untuk apa tujuan sekalipun...? Sanggupkah kita lakukan demikian demi pencapaian hebat untuk 10 tahun atau 15tahun mendatang usia mereka?

Adakah kita bukan juara dgn tidak melakukan demikian? Adakah anak2 kita takkan menjadi juara jika tidak diperlakukan demikian?? Tepuk dada tanya selera! Yang penting, terimalah segala takdir yang telah ditentukan untuk kita , Insyaallah ada sesuatu untuk kita....






Tuesday, 18 March 2008

Bila Kucing Tiada Tikus Bermaharajalela


Salam. Ini ada satu senario di ofis terutamanya. Biasanya jika bos tak ada makanya para pekerja semua beraya sakanlah. Ya..aku faham keadaan akan jadi lebih rileks dan kurang pressure. Tapi yang aku tak fahamnya kenapa jika bos tak ada disiplin juga longgar. Umpamanya datang ofis ikut suka hati saja. Kalau masuk pukul 8am, pukul 8.40am baru nak sampai. Kalau setakat 5 hingga 10 minit aku tak kisah sgt. Ini dahlah lewat lebih setengah jam lepas tu bila masuk sementara nak buat kerja makan masa lagi sejam!

Mmmm... aku bukannya nak sebelah bos , membodek ke apa. Sememangnya aku sendiri ada staf bawahan aku dan aku selalu pastikan aku sampai awal atau setidak2nya sebelum waktu pejabat bermula. Pada aku bila sudah berada di peringkat lebih tinggi barulah kita faham sbenarnya niat buat kerja bukanlah semata kerana takut pada bos atau sebab bos perhatikan. Ya , masing2 boleh fleksible asalkan kerja boleh siap on time. Ini dahlah lambat, bersembang, lepas tu berhenti minumnya lagi . Macam mana nak maju macam ni. Maju untuk diri sendiri juga. Jgn hanya jadi pengikut dan mendengar arahan sepanjang masa...jadilah si pemberi arahan itu.

Sunday, 16 March 2008

Dush!




16Mac 2008, 5.15 petang...
Kuching...
Sekali lagi bermulalah episod boringgggggggg....
nak balikkkkkkkk......

Tuesday, 11 March 2008

The 'X' Power


Salam. Kali ini mari bercakap pasal kuasa 'X'. Mmm ramai yang tak perasan kekuasaan yang ada pada 'X' ni. Sebenarnya banyak kisah atau perkara kita meletakkan 'X' sebagai satu kayu ukur atau ketetapan menyatakan ianya sesuatu yang tidak dapat diuraikan atau diungkapkan bagai ada satu kuasa mistik.

Masih ingat akan cerita 'The X-File' ? Cerita yang berkisarkan tentang manusia dan makhluk asing. Bagaimana sesuatu kes diklasifikasikan sebagai fail -X kerana tiada solusi atau rasional disebalik kisah atau pun penyelesaiannya. Juga dalam rancangan2 realiti tv yang sering mengerahkan para peserta mencari dan menyerlahkan 'the X factor' yang ada dalam diri masing2? Apa sebenarnya faktor kuasa 'X' ini??

Dan dgn kuasa 'X' ini jugalah yang merubah senario politik negara baru2 ini apabila hampir 60 ke 80 peratus rakyat mengeluar atau menunjukkan kuasa 'X' mereka pada hanya sekeping kertas namun ia menjadi suatu kuasa besar lalu bak tsunami kata sesetengah pihak jadinya.

Mmm... jadi benarlah setiap dari kita sememangnya mempunyai suatu kuasa atau energi yang mampu untuk merubah dan memberi satu anjakan dalam diri untuk lebih maju dan mencapai segala hasrat dan cita2 kita. Cari dan selami diri dan keluarkan kuasa X dalam diri anda untuk kehidupan yang lebih makmur dan gemilang! Anda boleh lakukannya jika itu yang anda mahukan!

Monday, 3 March 2008

Dream Healer



Learning can only be done by oneself

Nobody else can learn anything for us

Healing can only be accomplished by oneself

Nobody else can heal for us

Teachers can mentor us, direct us to information

Encourage and assists us in the process

Healers can help us connect to our own energy sources,

give us hope and guidance

When we are ready we will learn the knowledge ourselves

When we are ready we will heal our bodies ourselves

Our minds will learn, and

Our bodies will heal

Only when we are ready