Tuesday 11 March 2008

The 'X' Power


Salam. Kali ini mari bercakap pasal kuasa 'X'. Mmm ramai yang tak perasan kekuasaan yang ada pada 'X' ni. Sebenarnya banyak kisah atau perkara kita meletakkan 'X' sebagai satu kayu ukur atau ketetapan menyatakan ianya sesuatu yang tidak dapat diuraikan atau diungkapkan bagai ada satu kuasa mistik.

Masih ingat akan cerita 'The X-File' ? Cerita yang berkisarkan tentang manusia dan makhluk asing. Bagaimana sesuatu kes diklasifikasikan sebagai fail -X kerana tiada solusi atau rasional disebalik kisah atau pun penyelesaiannya. Juga dalam rancangan2 realiti tv yang sering mengerahkan para peserta mencari dan menyerlahkan 'the X factor' yang ada dalam diri masing2? Apa sebenarnya faktor kuasa 'X' ini??

Dan dgn kuasa 'X' ini jugalah yang merubah senario politik negara baru2 ini apabila hampir 60 ke 80 peratus rakyat mengeluar atau menunjukkan kuasa 'X' mereka pada hanya sekeping kertas namun ia menjadi suatu kuasa besar lalu bak tsunami kata sesetengah pihak jadinya.

Mmm... jadi benarlah setiap dari kita sememangnya mempunyai suatu kuasa atau energi yang mampu untuk merubah dan memberi satu anjakan dalam diri untuk lebih maju dan mencapai segala hasrat dan cita2 kita. Cari dan selami diri dan keluarkan kuasa X dalam diri anda untuk kehidupan yang lebih makmur dan gemilang! Anda boleh lakukannya jika itu yang anda mahukan!

No comments: