Ibunya menceritakan bertapa sukarnya di awal beliau mula menjalani latihan. Nak bangun pun susah, sembunyi, malas, menangis dan pelbagai lagi. Zaman kanak2nya yang biasa dihabiskan dgn bermain bersama kawan2 oleh kanak2 lain tidak dirasainya. Beliau menjalani kehidupan yang sungguh berbeza sekali dan penuh dgn jadual latihan yang ketat.
Beliau mula menyerlah dan menempa kejayaan ketika berumur 12tahun. Telah diberi latih tubi untuk menyertai kejohanan yang besar hinggakan apa itu sukan Olimpik pun masih beliau tak ketahui. Oleh kerana harapan yang tinggi pada bakat beliau, beliau telah dihantar untuk berlatih di China. Di sana lebih ramai atlit2 yang sememangnya hebat2 belaka apatah lagi acara ini mmg amat dikenali di negara itu. Sedikit sebanyak pada mulanya membuatkan beliau agak kurang yakin dgn kebolehan diri. Namun atas sokongan dan galakan pelbagai pihak telah memungkinkan beliau muncul sebagai Juara Dunia!! Juara Dunia Wanita pertama dari Malaysia yang menang 2 tahun berturut2. Kata beliau, yang banyak membantu kejayaan beliau adalah kerana kini beliau telah dapat menerima takdir bahawa sukan wushu ini memang untuknya. Dan beliau faham akan desakan dan paksaan ibubapanya semasa kecil melatih beliau bersungguh2.
Saya sungguh kagum..dan membuat saya terfikir...apakah kisahnya juga sama seperti Tiger Wood yang sejak dari umur 2 tahun lagi diasah untuk bermain golf? Menghadapi kesukaran pada awalnya dan lihatlah tahap pencapaian beliau sekarang!
Untuk pencapaian cemerlang , kita perlu menjadi berbeza daripada orang lain, perlu melakukan sesuatu di luar norma yang ditetapkan, pengorbanan dan kerja keras..Apakah kita sanggup melakukan demikian pada anak2 kita? Memaksa mereka melupakan zaman riang bermain dan bergurau senda dan ditukar dgn latih tubi serta jadual yang ketat untuk apa tujuan sekalipun...? Sanggupkah kita lakukan demikian demi pencapaian hebat untuk 10 tahun atau 15tahun mendatang usia mereka?
Adakah kita bukan juara dgn tidak melakukan demikian? Adakah anak2 kita takkan menjadi juara jika tidak diperlakukan demikian?? Tepuk dada tanya selera! Yang penting, terimalah segala takdir yang telah ditentukan untuk kita , Insyaallah ada sesuatu untuk kita....
5 comments:
hmm... very interesting! kalau tanya aku, memang tak terfikir lagi sebenonya. (atau dalam kata lain malas kot hahahaha!)
camno nih? amal dah darjah satu weh! apa skill dia aku nak asah nih? hish haru!
SUNGGUH !!
bila kita mengorbankan waktu kecil utk SESUATU latihan @ bisnes @ apa saja.. pasti ada sesuatu. Kita korban waktu bermain dengan kawan2, kita korban waktu shopping untuk bekerja..orang melihat kita " eh..hidup ko ni tak de LIFE lah !! "
Maka,jgn kita rasa pelik atau sedih dengan apa yg berlaku pada hidup hanya kerana kehidupan kita tak sama dgn orang lain. Tapi kita harus berkata
" THIS IS MY LIFE !! "
Ana,
kata nak suruh amal jadi surgeon.. apa lagi beli pisau asah le.. hahaha..
Aku rasa pencapaian hebat dan cemerlang ni sebab latihan mantap dan fokus. Jadi jika seseorg tu mula awal , maka by the time dia besar, sudah mantap segala latihan yg diperlukan dan sbb itulah mereka ini berjaya.. cuma mcm kita ni dahlah start lambatkan..malas lagi hehe..so masa tu drag la sikit untuk jadi cemerlang terbilang tu.. Tapi ada juga yg berjaya cepat dgn kepandaian dan intelektual (ini pun kena usaha keras jugak), quantum leap atau mewarisi.. tak aci tak aci..
Fatimah,
Kita dulu pun ada juga keluarga yg mengasah anak2 menjadi terkenal.. masih ingat keluarga Pak Sidek? mahu tak hari2 dia suruh anak2 dia main badminton jeee. tapi hasilnya..mmm hebat kan!
Mulakan dari kecil kerana mindanya masih kosong. Jika dipupuk dengan betul..maka betullah jadinya.
Terima kasih dengan ikan terubuk dari SARAWAK...enak sekali.
:)
Salam coach..dah dpt ikan ya..sori lewat sikit. sekrg pun masih di kuching. taktau sempat tak untuk kamk3..apa pun semoga lebih meletop next week!
Post a Comment