Thursday, 24 April 2008
Holding The Sun
Day and night is decided upon by light
In the absence of light hovering around will be our plight
Light from the sun is fun
We can't separate wrong from right
If we cannot see without the light
Light is good , Light is food , Light acts upon our moods
Monday, 21 April 2008
Persoalan??
Pernahkah dalam perjalanan hidup kita ni kita tertanya kenapa kita buat atau lakukan apa yang kita sedang buat atau kerjakan sekarang ini?
Adakah kita lakukan kerana kita suka?
Adakah kita lakukan kerana dah kerja kita dan tanggunjawab kita?
Adakah kerana kita mmg terror dalam bidang yg kita ceburi?
Adakah sebab mmg kita tak tau nak buat pekerjaan lain selain yg kita buat sekarang?
Adakah kerana tuntutan keperluan dan kehendak hidup kita?
Adakah kerana tuntutan masyarakat dan ada yg berterima kasih pada kita?
Adakah kita bahagia ? Atau sekadar menggagahi apa yg kita sedang lakukan?
Adakah ruang untuk pekerjaan lain? Peluang lain?
Adakah cukup setakat apa yg kita lakukan sekarang?
Kenapa dan mengapa?
Tuesday, 15 April 2008
Bahasa Merubah Makna
Hari ni nak ckp pasal cerita tv lagi..hehe.. Semalam tertengok (ceh tertengok lagi hihi) satu drama yang tak pasti pulak apa tajuknya. Tapi yang menjadi perhatian kat sini ialah antara dialog atau ayat2nya..
Pertamanya " Asemekom" haa begitulah lebih kurang.
Kononnya nak bagi salam Assalamualaikum...
bukan nak bersyarah mcm ustaz..tapi kalau tak silap saya masa belajar kelas arab sekejap dulu katanya perkataan "Assalamualaikum" itu bermaksud "selamat dan sejahteralah keatas kamu" kerana perkataan salam itu bererti 'selamat'.
Tapi bila ditukar jadi perkataan "Asemekom" ia membawa makna sebaliknya. Jadi kita mendoakan yang tak baik pulak pada orang itu.
Saya rasa kerapkali jugak digunakan dalam dialog2 atau pertuturan orang kita sekarang ini.
Keduanya perkataan "La ila.." yang asalnya daripada perkataan "la ila ha illallah" bermaksud "tiada Tuhan melain Allah".
Tapi bila dah jadi pendek maknanya pun tinggal sekerat sajalah yang bermaksud "tiada Tuhan".
Jadi kita seharusnya lebih berhati-hati dalam tuturbahasa kita agar tidak merubah maksud sebenarnya dan yang membahawakan lagi kita mengucapkan sesuatu yang bermaksud buruk sama ada pada diri sendiri atau org lain.
Kalau nak diajarkan kepada golongan budak atau muda, maka ajarkanlah perkataan atau ayat yang penuh bukannya separuh jalan bagi menyedapkan rasa anda. Sesungguhnya , setiap pengucapan dan doa2 ada getaran dan tenaganya. Wallahualam.

Saturday, 12 April 2008
Bawang Putih Bawang Merah
Ish ish cerita ni dtg lagi di tv3 setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Entah kenapa setiap kali tertengok (ceh tertengok...sungguh tau).. mesti jadi sakit hati dan geram yang amat. Yang Si Bawang Merah dan maknya memanglah jahat yang amat tapi yang dok geram sgt ni watak Bawang Putih yang lemah, lembik, menangis, biar saja apa org buat kat dia...mmm memanglah lakonan berkesan tapi tak faham kenapa nak buat mcm tu dan kenapa ada org yang sanggup diperlakukan begini..ish sakit hati lah kesimpulannya. Mcm terover sgtlah kekejaman dan kelembikan yang ditonjolkan. Saya selalu tak suka mengomel pasal rancangan tv ni tapi cerita ni dari dulu lagi mmg saya tak tahan dan tak boleh tengok langsung..hati jadi panas dan dada jadi sakit..ish ish dahsyat betul. Dan cerita ini telah menarik begitu ramai penonton terutama golongan yang tidak bekerja kerana waktu tayangannya dulu pada waktu kerja. Macam terpukau saja semua org... mmm musykil musykil...
Wednesday, 9 April 2008
Jelajah Daerah Sampadi
Semalam saya jelajah satu daerah agak jauh dari bandar di kuching ini, bernama Sampadi. Tujuan ke sana untuk melawat site bagi tender baru, iaitu upgrade sekolah rendah. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih daripada satu jam. Sepanjang jalan memanglah tak ada apa hanya kawasan pokok2, bukit dan jalan sempit sahaja. Yang menarik lagi untuk ke site saya tu kena menaiki feri. Mungkin satu fenomena baru bagi org2 di Malaysia barat macam saya, walaupun sebelum ini saya pernah menaikinya beberapa kali dah tapi masih lagi merasa kelainannya. Feri taklah seperti feri di Penang tu, boleh muat beberapa buah kereta sahaja sekali jalan dan sungai yang nak di seberangi tu hanya lebih kurang 100 ke 200meter saja. Namun tidak ada jalan darat yang menghubungi dua daerah ini.
Setelah tunggu hampir 20minit feri yang ditunggu pun sampai. Kena bayar rm1 untuk tambang feri. Setelah itu saya teruskan lagi perjalanan ke sana. Hampir 15minit kemudian sampai lah di sekolah yang dituju betul2 dalam kampung yang sungguh tenang dan aman berdekatan dgn laut.
Sekolah yang sedia ada kecil sahaja. 1 darjah 1 kelas sahaja so ada 6 kelas sahaja untuk darjah 1 hingga darjah 6. Cadangan baru ini adalah untuk membina blok baru dan termasuk asrama. Maknanya sekolah baru ini utnuk menempatkan pelajar2 dari perkampungan yang lain yang mana kalau jauh terpaksalah menginap di asrama. Bekalan air pun masih menggunakan ground water, bukanlah bekalan elok dan bersih mcm kita di rumah.
Bukanlah keadaan di sana terlalu daif tapi masih lagi serba kekurangan. Bayangkan budak kecil semuda umur 7 tahun terpaksa menginap di asrama untuk mendapatkan pendidikan awal mereka. Bertapa bertuahnya kita dengan segala kemudahan yang ada dan dinikmati sejak kecil lagi. Dan bagi guru2 yang mengajar dan sanggup bermaustatin di situ memang amat saya kagumi dan hormati. Memanglah pekerjaan guru ini suatu yang mulia dan harus kita sanjungi. Gurulah yang mencorakkan dan memberikan pendedahan awal pada mereka ini. Semoga para guru di sana menjalankan tugas sebaik mungkin dan penuh tanggungjawab.
Selesai melawat persekitaran, saya singgah di kedai berhampiran untuk membeli air. Hauslah pulak tekak ni maklumlah panas terik. Tuan kedai itu menyapa sambil berbual2 menyatakan kegembiraan bila projek ini berjalan kelak. Saya pun melayan dan berlalu sambil tersenyum.Belum minum pun dah hilang penat dek layanan dan keperamahan tuan kedai itu. Begitulah masyarakat kampung yang masih mendukung teguh adat dan ciri2 ketimuran , berbuat baik pada siapa sahaja.
Selepas itu saya pun berlalu menuju pulang ke ofis saya yang sedia menanti kerja yang banyak... Begitulah serba sedikit pengalaman saya semalam di perantauan ini...
Tuesday, 8 April 2008
Toward Riches
Salam cahaya buat semua.. saya agak menyepi sejak kebelakangan ini kerana berjauhan dgn komputer seketika.. maknanya banyaklah aktiviti yang memerlukan pengerahan tenaga fizikal iaitu aktiviti jemuran di panasan haha.. tapi hari ini terasa untuk berbicara tentang kekayaan dan daya..
Semua orang ingin memiliki kekayaan..teringat pada suatu ceramah motivasi yang saya dengar baru2 ini..katanya yang menghalang kita untuk maju mencapai impian ialah diri kita sendiri.. kerana cuba fikir, agaknya ada siapa tak yang menghalang kita untuk berusaha dan menjadi cemerlang? ada tak yang menghalang kita untuk menjadi jutawan? ada tak yang menghalang kita untuk berfikir cara dan pelan untuk segala perancagan kita? TIADA!
Yang menjadi halangan biasanya sifat dalam diri kita. Malas , mudah berpuas hati , mudah berbangga, mudah putus asa dan sebagainya. Jika kita merancang dan masih menemui kegagalan , itu bukanlah kegagalan sebenar. Kerana itu hanya mengajar kita untuk terus mengenalpasti kelemahan pada perancangan kita dan seterusnya untuk bangun sekali lagi dan teruskan usaha. Kegagalan sebenar adalah apabila kita berhenti untuk berusaha dan meneruskan impian.
Wang atau duit yang menjadi simbol kekayaan sebenarnya amat pemalu dan jinak2 merpati..hehe..nak kena dapatkan dengan cara yang betul macam lelaki nak mengorat perempuan atau sebaliknya. Mesti punya guna pelbagai cara dan usaha yang bersungguh2..ayat2 yang power2 , taktik2 yang pelbagai, tak kenal penat dan sangguplah buat apa segala2nya...duit pun mcm tu jugak.Maksudnya di sini dalam usaha untuk menuju kekayaan dan kejayaan , semangat dan daya mestilah macam nak dapatkan orang impian kita.Macam bercinta.. jadi kita tak mudah putus asa .Sentiasa merinduinya.Tak dapat cara ini, kita guna cara itu, tak dapat cara itu, kita guna cara itu ini..mcmlah cara lagi.Hendak seribu daya, tak hendak, beribu2 dalih.. Kemudian ditambah pulak dgn perancangan, kehendak, konsisten, tawakal...dan sebagainya maka insyaallah segalanya berkemungkinan.
Satu lagi yang selalunya menghalang usaha kita adalah cakap2 orang. Memanglah apa yang nak buat selalu terbantut. Ada sahajalah cakap2 orang yang melemahkan daya dan semangat kita. Belum buat apa2 lagi dah orang kata 'boleh ke?', atau 'aku dulu pun gagal jugak buat benda yang sama'.. jadi kadangkala kita menjadi goyah dgn mendengar kata2 seperti ini. Untuk anda, usah pedulikan semuanya..yang penting set kan pemikiran anda, buat segala persiapan dan perancangan yang bagus , doa , tawakal , maka usahakanlah segala impian anda. Moga kejayaan dan kekayaan milik mu dan milik ku jua.

Thursday, 3 April 2008
Car Park oh car park...
Amboi lama sungguh rasanya tak online dan membelek2 blog ini.. maklumlah menteri pun kalah busynya..hahaa.. ckp pasal menteri dan org2 gomen ni nak ngomel la sikit pasal bangunan kompleks kerajaan di putrajaya tu ha.. cantik tersergam indah akan tetapiiii....nak cari parking punyalah seksa...in fact mcm tak ada space langsung utk visitors ... mmm tadi kebetulan ada meeting kat salah sebuah pejabat ni la kan... awal ni pi sana..meeting pukul 9.30am, pukul 8.30am dah sampai.. alkisah round punya round punya round, pukul 9.00am tak dapat2 lagi parking space... mmm mula lah nak monyok kan..yang wangi pun nak hangit dah..tak puas hati pusing lagi ...last2 memang tak dapat jugak... jam dah nak pukul 9.20am.. dah nak start meeting pun.. tak bestlah kalau lambat kan.. so akhirnya tawakal saja buat double parking..tinggal kan no hp.. so that kalau ada yang ter block kereta tu bolehlah call..dalam hati ni doa byk2 kereta yg saya blocking tu tak keluar sampai lah saya keluar..alhamdulilah sampai habis meeting pukul 10.30am , tak ada langsung panggilan hangit hehe.. tapi mmg lah tak faham kenapa pejabat yg menjadi kunjungan ramai tiada design utk kemudahan tempat letak kereta..musykil sungguh..
Subscribe to:
Posts (Atom)