Tuesday 8 April 2008

Toward Riches

Salam cahaya buat semua.. saya agak menyepi sejak kebelakangan ini kerana berjauhan dgn komputer seketika.. maknanya banyaklah aktiviti yang memerlukan pengerahan tenaga fizikal iaitu aktiviti jemuran di panasan haha.. tapi hari ini terasa untuk berbicara tentang kekayaan dan daya..

Semua orang ingin memiliki kekayaan..teringat pada suatu ceramah motivasi yang saya dengar baru2 ini..katanya yang menghalang kita untuk maju mencapai impian ialah diri kita sendiri.. kerana cuba fikir, agaknya ada siapa tak yang menghalang kita untuk berusaha dan menjadi cemerlang? ada tak yang menghalang kita untuk menjadi jutawan? ada tak yang menghalang kita untuk berfikir cara dan pelan untuk segala perancagan kita? TIADA!

Yang menjadi halangan biasanya sifat dalam diri kita. Malas , mudah berpuas hati , mudah berbangga, mudah putus asa dan sebagainya. Jika kita merancang dan masih menemui kegagalan , itu bukanlah kegagalan sebenar. Kerana itu hanya mengajar kita untuk terus mengenalpasti kelemahan pada perancangan kita dan seterusnya untuk bangun sekali lagi dan teruskan usaha. Kegagalan sebenar adalah apabila kita berhenti untuk berusaha dan meneruskan impian.

Wang atau duit yang menjadi simbol kekayaan sebenarnya amat pemalu dan jinak2 merpati..hehe..nak kena dapatkan dengan cara yang betul macam lelaki nak mengorat perempuan atau sebaliknya. Mesti punya guna pelbagai cara dan usaha yang bersungguh2..ayat2 yang power2 , taktik2 yang pelbagai, tak kenal penat dan sangguplah buat apa segala2nya...duit pun mcm tu jugak.Maksudnya di sini dalam usaha untuk menuju kekayaan dan kejayaan , semangat dan daya mestilah macam nak dapatkan orang impian kita.Macam bercinta.. jadi kita tak mudah putus asa .Sentiasa merinduinya.Tak dapat cara ini, kita guna cara itu, tak dapat cara itu, kita guna cara itu ini..mcmlah cara lagi.Hendak seribu daya, tak hendak, beribu2 dalih.. Kemudian ditambah pulak dgn perancangan, kehendak, konsisten, tawakal...dan sebagainya maka insyaallah segalanya berkemungkinan.

Satu lagi yang selalunya menghalang usaha kita adalah cakap2 orang. Memanglah apa yang nak buat selalu terbantut. Ada sahajalah cakap2 orang yang melemahkan daya dan semangat kita. Belum buat apa2 lagi dah orang kata 'boleh ke?', atau 'aku dulu pun gagal jugak buat benda yang sama'.. jadi kadangkala kita menjadi goyah dgn mendengar kata2 seperti ini. Untuk anda, usah pedulikan semuanya..yang penting set kan pemikiran anda, buat segala persiapan dan perancangan yang bagus , doa , tawakal , maka usahakanlah segala impian anda. Moga kejayaan dan kekayaan milik mu dan milik ku jua.

4 comments:

Amar Mahmood said...

Menjadi kaya ada dua pekara penting. Satu adalah kemahiran dan satu lagi adalah seni. Kedua duanya perlu dipelajari supaya makin mudah kita kaya.
Kaya pun sebenarnya masih general..macam saya dah kaya anak (6 orang..haha), ada yang kaya dengan senyuman, ada yang kaya dengan budi pekerti..yang penting KITA MEMANG SUDAH KAYA!..syukur pada Tuhan je masih ramai yang kurang.

HUda said...

Betul tu coach.. Syukur kerana anugerahNya... 6orang ye..mmm..kaya kaya..hehe..

knv said...

tak payah la cakap banyak bagi je la kat aku barang sejuta dua.

pastu kita kaya ye..? hihihihii!

HUda said...

ana, aku kalau ada berjuta2 tak ada hal nya setakat sejuta dua tu hihi.. mokcik kayo!