Friday, 22 August 2008

REIKI-i-KIDS



TEMUI SAYA AHAD INI, DI REIKI-i-KIDS!!!

Reiki i-Kids merupakan satu program yang dirangka khas untuk anak-anak yang berumur dari 6-12 tahun. Objektif program adalah untuk melahirkan anak-anak yang pintar dalam pengurusan diri dari semua aspek yang bakal mereka tempuh kelak.

Ramai anak-anak yang pintar dari sudut akademik tetapi gagal mengurus diri, mengawal emosi, stres, menghindar pengaruh negatif serta mengalami masalah hubungan dengan keluarga, guru dan rakan.

Di dalam program ini, anak-anak akan didedahkan dengan pemahaman tentang maksud, tujuan serta aplikasi menjadi seorang anak yang pintar secara keseluruhan.

Anak-anak yang didaftarkan di dalam program ini akan mendapat percuma Sesi Foto Aura dan penerangan ringkas tentang warna aura mereka , 1 botol Energi Booster untuk Minda, serta sehelai Tshirt. Makan tengahari, minum petang disediakan. Peserta juga akan menerima Manual dan Sijil Penyertaan.

Topik-topik pembelajaran :-

SESI PAGI
Sejarah ringkas Reiki, Manusia dan Alam semulajadi, Tenaga dan kehidupan, Warna-warna alam, Aura, Chakra, Hubungkait Tenaga dan Warna dalam Makanan, Kesihatan, Hidupan, Pelajaran, dan Kerjaya.

SESI TENGAHARI
Teknik Senaman Aura, Rehat dan Meditasi serta Teknik mengalirkan tenaga untuk penyembuhan diri, keluarga, rakan, tumbuhan, haiwan serta tenaga kasih sayang.

SESI PETANG
Manusia sebagai Magnet - boleh menarik Positif dan menolak Negatif, Teknik mengaktifkan Minda, Membuat Kad Impian dan Pengijazahan reiki tahap 1.

Anak-anak akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 6-9 tahun dan 10-12 tahun. Program akan diadakan pada 24 Ogos 2008, Hari Ahad, bermula dari jam 9.00 pagi - 5.00 ptg, bertempat di Pusat Latihan IQBC, Seksyen 9, Shah Alam. Yuran Penyertaan ialah RM150 seorang. Ibu bapa yang mendaftar lebih dari seorang anak akan mendapat diskaun sebanyak RM50 untuk anak yang berikutnya. Pengajaran dan latihan adalah dari Guru-Guru yang bertauliah dalam kumpulan kecil dan secara interpersonal.
Info lanjut, sila hubungi 03-58804349 / 017-3332349. Tempat terhad. Sila daftar

No comments: