Monday, 31 January 2011

Reiki

Salam.

Sejak awal tahun, lama pulak rasanya tak menulis di sini. Saya perasan ramai yang melawat blog ini  pada artikel majalah MIDI. Artikel yang berkenaan dgn terapi Reiki yang saya tekankan tentang rawatan atau terapi bagi stress. Atau mungkinkah saya yang perasan sebab sebenarnya mungkin orang tertarik pada Majalah MIDI itu sendiri hehe.. tak kisahlah apa pun ianya telah menarik mereka untuk singgah sebentar di sini.

Buat yang masih baru atau pertama kali mendengar tentang Reiki, saya ceritakan serba sedikit di sini. Reiki merupakan salah satu cabang dalam terapi komplementari, yang asalnya dipraktikan di Jepun setelah dipercayai ditemui semula oleh Dr.Mikao Usui. Dari Jepun ianya berkembang kemudiannya ke Eropah dan kini hampir seluruh dunia mengetahui dan mengaplikasikan teknik penyembuhan ini.

Reiki itu sendiri bermaksud REI - semulajadi , KI- tenaga (atau chi- dlm bahasa cina, kudrah-dlm Islam, prana - dalam Sanskrit dan sebagainya). Keseluruhan maksud membawa erti Teknik atau Kaedah Terapi Reiki adalah dengan Tenaga Alam Semulajadi.

Kaedah Terapi Reiki adalah mudah dan selamat untuk semua golongan. Ianya secara konsepsual adalah dengan mengalirkan tenaga penyembuhan alam oleh juruterapi Reiki kepada tubuh pesakit. Ini boleh dilakukan dengan cara berbaring, duduk mahupun secara jarak jauh.

Pesakit hanya perlu berbaring atau duduk dengan tenang sambil cuba mengamati tenaga penyembuhan ini. Biasanya juruterapi akan alirkan tenaga penyembuhan ini dengan cara sentuhan tangan iaitu meletakkan tangan kepada posisi-posisi tertentu tubuh selama beberapa minit bagi setiap posisi. Pesakit pada kebiasaannya akan mula merasai kehadiran tenaga ini dengan pelbagai sensasi bergantung pada deria rasa masing-masing. Ada yang merasakan seolah-olah seperti tenaga magnet mengililingi tubuh, ada yang merasakan sedikit kepanasan atau haba pada bahagian-bahagian tertentu, dan ada juga yang dapat merasakan suasana yang sejuk atau dingin pada tubuh mereka. Ini tidak terbatas pada rasa panas sejuk atau seperti magnet sahaja, kerana pelbagai sensasi lain yang pesakit berkemungkinan dapat merasainya atau mungkin juga tidak merasa apa-apa. Namun, jika tidak merasa apa-apa bukanlah bererti sesi tersebut gagal atau tidak ada peyembuhan berlaku, kerana ini semua bergantung pada deria sensasi masing-masing. Tenaga tetap dialirkan sama ada secara anda sedar atau tidak kehadirannya.

Pengaliran tenaga positif ini akan mula bertindak balas dengan sistem tubuh anda, dan mula menghambat atau memecah segala kekangan atau 'blockage' yang ada pada aliran tenaga anda.  Anda akan mula merasa perubahan dari masa ke masa dan sekiranya perlu, ulangan sesi terapi boleh dilakukan untuk pembersihan tubuh atau mempertenagakannya semula dengan lebih efektif.

Penyembuhan juga berlaku pada setiap tingkatan tubuh  merangkumi minda, kerohanian, emosi dan juga fizikal. Seharusnya anda akan lebih positif, lebih bertenaga, lebih tenang, lebih mensyukuri persekitaran anda, lebih fokus, dan pelbagai lagi perubahan positif yang boleh berlaku.

Tempahlah sesi rawatan anda dan rasakan pengalaman Reiki hari ini!

Wednesday, 12 January 2011

ceritera 11.1.11

 Alhamdulilah tahun ini bakal menyaksikan perjalanan saya yang akan lebih aktif dan bakal ke sana dan ke mari kerana tuntutan kerja. Kini bersiaran dari Bintulu. Setibanya dari KL smlm, terus kesibukan perlu menyelesaikan beberapa perkara utk agenda lawatan ke tapak bina dari pihak client. Tapak bina adalah beberapa blok tambahan sekolah.

Setibanya ke kawasan sekolah, saya merasa sungguh terpesona dan kagum kerana keperihatinan dan daya usaha dari pihak sekolah sendiri dlm menyediakan persiapan yang sungguh 'grand' bagi saya semata-mata menyambut ketibaan pegawai dari pihak client. Siapa kata seorang guru tidak boleh menyumbang banyak pada bangsa dan negara? Siapa kata pekerjaan seorang guru hanya terbatas di sekolah saja.. saya menyaksikan usaha dari pihak sekolah yang berjaya mengutip dana puluhan ribu ringgit demi menambahbaikkan perkhidmatan sekolah dan keperluan pelajar, saya menyaksikan 'presentation' melalui 'slide' yang begitu hebat mengalahkan seorang pereka grafik.. dan pelbagai lagi usaha-usaha hebat yang dilaksanakan.
Pun begitu , tidak semua pelajar mengalami nasib bertuah seperti sekolah di kawasan bandar. Masih ada sekolah di luar bandar yang memerlukan pihak pelajar dalam usia muda seawal umur 7 tahun untuk tinggal di asrama kerana lokasi dan kekurangan pelajar. Dan saya diberitakan, ada malam-malam yang pihak guru dan murid sama-sama menangis dan bersedih kerana pelajar yang masih muda ini terkenangkan keluarga masing-masing. Bayangkan adik-adik dan anak-anak kita di usia 7 tahun sudah berpisah dan mengharungi hidup berdikari sendirian bersama rakan-rakan. Dan oleh sebab ini juga ramai yang tidak meneruskan pelajaran.. sungguh tersentuh atas cerita yang diberitakan dari guru-guru ini.

Kemudian tiba waktu lawatan dari tetamu VIP yang ditunggu-tunggu. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Semua berpuas hati dan senyum sepanjang waktu itu.. Syukur ke HadratNya....

Setelah semuanya selesai, tibalah masa untuk berangkat ke Kuching. Malangnya diberitakan semua penerbangan dibatalkan akibat airport Kuching ditutup atas sebab berlaku kemalangan, Kapal Terbang Air Asia tergelincir ketika melakukan pendaratan pada malam sebelumnya. Syukur tiada kemalangan jiwa cuma beberapa kes kecederaan ringan sahaja.

Tuesday, 4 January 2011

Monolog 2011

Alhamdulillah.. 2010 selamat berlabuh...2011 mula mengangkat sauh ... 'kick off' yang penuh tenaga positif bagi diri ini. Bermula dengan perjalanan pulang ke kampung sambil menyedut udara nyaman dari pokok-pokok dan sawah padi yang menghijau. Bersama hembusan ku cuba untuk mengeluarkan yang batil dan menyedut yang positif , bersih lagi menyegarkan. Moga diri ini men'discharge'kan tenaga yg tidak sihat yang tak diperlukan... semoga diri ini lebih bertenaga dan kekal positif. Semoga kepergian ini tak sia-sia.

Sekembali ke ibu kota, seawal permulaan kalendar Januari.. kalendar bekerja mula berdetik dan terus rancak bergerak. Sederetan senarai kemahuan hati dlm wish list yg ditintakan , begitu jua langkah mula mengorak seiring. Ya Allah moga tahun ini lebih baraqah dan bermakna segala pengisian dan tuturcara. Insyaallah its gonna be a great year yeah! Itu kata hati.

Teruskan percaya itu. Teruskan pencarian itu. Teruskan kesabaran itu. Suatu hari kan dtg pemahaman itu. Rasa itu. Pengalaman itu. Bagai ingin dilaungkan... bagai ingin dicanangkan... agar sama2 dpt beramal bersama ilmu yang ada...apakah mereka mendengar? apakah mereka mahu? apalagi ikhlas hati? Diri kan tetap tekun..janji pada diri.....

2011... salam sayangku..sambut hadir ku...dalam hadir mu...