Sunday, 28 August 2011

Menjelang Hari Kemenangan

Salam Lebaran yang kian memuncak. Hanya 2 hari saja lagi Ramadhan bakal berlabuh meninggalkan kita. Suasana dan mood raya mula terasa. Namun apakah iktibar, apakah manfaat, apakah rasa yg kita perolehi semasa meniti Ramadhan tahun ini?

Ada yg rasa amat manis sekali dek usaha dan ibadah yang berterusan, ada yang rasa biasa biasa saja...dan ada yang tak bisa rasa apa...
Sebilangan mungkin terasa manisnya...kebanyakan mungkin yang biasa biasa...yang tak rasa..ada juga..

Pun begitu, tidak kira siapa kita, apa usaha kita, apa rasa kita..kita tak seharus bermusuh.. kita tak seharus lupa pada mereka yang memerlukan...
Andai harta tidak mampu kita dermakan, maka titipkanlah bait-bait doa buat mereka...
Andai ada onar dan sakit dlm hati , maka lepaskan dan berilah kemaafan...buat diri mengisi semula ruang kasih dan kesayangan...

Bagi ku, Ramadhan kali ini amat berbeza. Mungkin diri lebih memahami..mungkin juga kerana tak mau yang biasa-biasa, lalu ku gagahi diri mencari manis itu, pun jua aku tak pasti akan manisnya...mana layak ku..

Masih terlalu sedikit usaha ini, masih terlalu kurang amalan dan pujaan ini, pada Dia Yang Maha Segala... oh Tuhan ...jangan Kau tak memandang diri ini, aku meminta minta... Jangan Kau tutup segala pintu yang ada... bukalah untuk hamba Mu ini...

Pun walau sedikit, aku tetap merasa banyak...besar dan banyak sekali kasih dan sayangMu...Sungguh Kau Maha Hebat.... Rahmatilah aku... ampunkanlah daku... ibu bapa ku...adik beradikku...famili dan taulan ku...

Makbul dan berkatilah segala doa mereka... hilangkanlah segala gundah dan sengsara mereka... kurniakan lah kami cahaya... disetiap getaran tubuh dan nyawa...

Pujaan ku..doa ku....kasih ku...ingatan ku..cinta ku... pada MU....

Tuesday, 9 August 2011

U

U wish..
U send the energy..
U let it flow...
U let it go...
U wait....
U receive...
U give thanks...
And u continue do good to others..

Tuesday, 2 August 2011

Ramadhan Kareem


Salam Ramadhan Al Mubarak....

Sesungguhnya ia kembali lagi. Syukur alhamdulilah atas kesempatan lagi ditemukan dgn bulan yang mulia ini. Selesai sudah sehari berpuasa pada hari ini. 30 hari lagi hari merdeka. Entahkan sempat entah kan tidak..entahkan bahagia dan gembira atau sebaliknya.

Namun bukan itu gusaran utama kerana kita hidup untuk hari ini dan untuk hari ini ku mohon cahaya itu ...Nur itu.. mohon disegenap jasad dan rohani ku..di dalam ku...mohon nur itu di luar ku...di hadapan ku..di belakang ku...di atas ku dan di bawah ku...di qalbu ku dan di lisan ku....

Dikesempatan ini jua ku mohon agar diri ini menjalani pembersihan dan penyucian sesuci sucinya... kikiskan lah tiap debu hitam yang meliputi hati ku, minda ku, jasad ku, dan seluruh aura ku yang menjadi punca segala amarah dan engkar padaMu Ya Tuhan ku....

Dan ku mohon jua Nur itu pada seluruh ahli keluarga ku terutama pada kedua org tua ku yg ku cinta... pada guru dan rakan taulan...

Moga setiap detik tercipta pada saat bergerak tercipta hikmah dan baraqah....

Semoga alam ini aman dan damai selamanya...

Dan berilah kekuatan pada kami ini bagi menyempurnakan tugasan kami sesempurnanya...

Wahai Tuhan kami...kami amat berterima kasih atas kasih dan sayang Mu ini... syukur atas kehadiran Ramadhan ini buat kami....syukur atas peluang ini....syukur.....

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat semua!!!

Friday, 29 July 2011

Cerita Bola...

Salam Akhir Syaaban buat semua...

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini stadium Bukit Jalil dibanjiri oleh penyokong-penyokong tegar skuad bolasepak kebangsaan yang menyaksikan perlawanan demi perlawanan. Jika minggu lepas beraksi dengan pemain international seperti Arsenal, Liverpool dan Chelsea.. minggu ni pula pusingan kelayakan piala dunia berentap dengan Singapura.

Rumahku hanya sepelaunglah bak kata orang dari stadium, jadi selalunya bila time bola ni riuh rendahlah dan bersesaklah jalan raya tutup sana sini sampai nak balik rumah sendiri pun kena buat pusingan jauh dari biasa.

Jika dahulunya nak dapat penuh stadium pun susahtapi sekarang, dari awal pagi lagi org ramai dah mula bertamu di hadapan stadium. Ada yang dtg dgn muka bercat , ada yang dtg dgn fesyen yang macam-macam ada. Soalnya kenapa sukan bola kini menarik di tonton. Menarik kerana aksi, menarik kerana seolah ada sikit kebangkitan berbanding beberapa tahun lepas sejak zaman kegemilangan bola arwah Mokhtar Dahari.

Kalau dilihat dari sejarah, ramai yang gerun dgn arwah di padang. Bukan sahaja pemain Malaysia malah pemain dari pasukan luar negara terutama Asia juga gerun dengan beliau. Ini kerana semangat permainan bola yang dipamerkan begitu berdaya juang yang tinggi. Semangat ini sebenarnya amat berbeza dengan semangat yang hangat2 tahi ayam kerana biasanya org yang mempunyai semangat ini adalah yang mencintai sukan itu sendiri, yang bermain dari dalam, yang meNGUASAI DIRInya sendiri.

Bagaimana mahu bermain atau apa pekerjaan sekalipun jika anda tidak kuasai diri sendiri? Sebaiknya para pemain boleh ditambahkan ilmu pada mereka selain aktif di padang, harus juga balance dengan kerohanian dalaman yang tinggi. Suka saya dengar ulasan dari pengulas sukan mengatakan, bahawa pemain harus percaya pada diri sendiri bahawa mereka boleh. Mereka harus percaya pada diri sendiri sahaja dan bukannya orang lain.

Pada pendapat saya , selain latihan fizikal seperti latihan ketenteraan dan juga latihan larian pecut seperti jaguh pecut 100m yang harus diajar pada para pemain (agar lebih fit dan mental lebih kental utk berjuang) harus juga diajar tentang bagaimana cara-cara untuk visualisation, membuat teknik kuasai minda , satu force yang dahsyat dari dalam utk memulakan dan menguasai permainan. Kalau dapat belajar Reiki lagi baguslah , senang untuk projekan energi secara berkumpulan dan healing pada mereka yg semangatnya lemah dan patah sebelum atau ketika bermain.

Saya faham akan perasaan ketika bermain di padang, dahulunya saya juga aktif, mewakili negeri sahaja tidaklah sampai mewakili negara, mungkin sebab saya tidak meneruskan agaknya haha. Bagaimana rasa jaguh apabila menang, dan bagaimana rasa kecewa ketika kalah. Dahulu juga saya tidak tahu akan rahsia penguasaan diri sebegini. Rupanya rasa sewaktu bermain, pemikiran haruslah lebih kreatif, bijak membuat keputusan akan tindakan, dan yang paling penting redha akan setiap langkah yang dibuat. Maka dengan itu , barulah dapat memahami konsep menang kalah adalah adat permainan dan setiap kekalahan pastinya akan membuahkan lagi kecermerlangan permainan berikutnya.

Biasanya teknik ini yang dikuasai oleh pemain-pemain dari Korea, Jepun dan China. Kenapa mereka bertahan dan semakin bersemangat hingga ke minit-minit akhir? Kerana mereka tidak kalah pada nombor jaringan, mereka tidak kalah pada penampilan luaran.Mereka percaya pada diri sendiri dan berjuang dan terus memberi yang terbaik. Jika itu sudah diberi dan tetap kalah maka, tidak harus ada kecewa dan tidak harus menangis duka.

Come on Harimau Malaya. Masih banyak masa yang ada untuk terus memperbaiki dari segala segi. Marilah belajar Reiki dan kuasai energi diri! :)

Sunday, 24 July 2011

Ku Punya Mimpi



Ku punya mimpi
Ku ingin mengecap mimpi
Ku mau terus mimpi
Pada jalan mimpi
Ku punya mimpi
Mimpi bukan ku punya
Ku percaya
Ku punya mimpi
Ku mengecap mimpi
Ku punya mimpi
Ku mahu mimpi
Ku lagukan mimpi
Ku bermimpi

Wednesday, 13 July 2011

Andai dapat ku....

Salam...

Siang tadi saya didatangi oleh client yang bukan berbangsa melayu. Masih terbayang-bayang lagi keadaannya yang agak kurang tenang dan bernafas turun naik dgn cepat. Setelah menjalani terapi Reiki, beliau lebih tenang..wajah bertambah merah dan hidup..nafas tidak sekencang tadi.

Beliau sudah boleh tersenyum dan dgn tenang mula meluahkan isi hati akan permasalahannya. Dari pengamatan saya, beliau sememangya memerlukan seseorang untuk mendengar dan memberi kata-kata semangat pada beliau untuk lebih yakin dan ceria.

Dalam hati kecil saya berkata-kata... siapalah aku ini untuk seseorang yang seumur hidup ini tak pernah bersua tiba-tiba datang dan dapat meluahkan segala yang terbuku didada... ada sebak di wajahnya..ada duka yang terselindung dan ada senyuman menghela kelegaan.

Begitulah serba sedikit rutin dan tanggungjawab saya bersama client.. harus lebih positif...harus lebih kuat...harus tahu apa perkataan yang patut dan sesuai untuk dilontarkan..dan harus dapat memahami emosi yang ada pada masa itu..

Sesungguhnya saya juga manusia biasa dan adakalanya saya juga akan berada dalam keadaan emosi yang di bawah , namun saya akan cuba dan harus bangun dan memastikan kestabilan diri terus terjaga. Ya, ianya tidak mudah namun ini jalan yang saya pilih..

Saya selalu berdoa , kiranya dengan sumbangan kecil ini dapat saya bantu ramai di luar sana, maka dipermudahkanlah bagi saya untuk terus menyusuri jalan ini...cabaran ini..tanggungjawab ini...

Tidak kira apa bangsa, agama mahupun latarbelakang, jika Dia mengkehendakkan saya membantu mereka, maka saya harus akur... saya harus jujur.. saya harus lakukan...

Namun hati saya amat sedih akan peristiwa beberapa hari lepas yang mana kita dapat lihat ramai yang berkumpul dan terutamanya bangsa melayu sendiri, di atas jalanan, berjihad untuk keadilan dan tuntutan... siapakah yang harus dipersalahkan itu? mengapakah ini harus berlaku? manakah kedaulatan undang-undang yang kita tegar dlm prinsip rukun negara? kepercaayaan kepada raja dan negara? ke manahkah menghilangnya? Sedih dan amat sedih peristiwa ini terjadi lagi....

Andai saya dapat merawat keadaan ini... andainya...  :(

Thursday, 7 July 2011

Penyerahan

Salam... ingin saya sambung coretan saya mengenai kehidupan..yang mungkin sedikit sebanyak boleh dibuat renungan buat semua..paling tidak, bekalan dan peringatan untuk diri sendiri.

Bercakap tentang kesempitan hidup, masalah dan pelbagai situasi menghimpit diri, sekarang ini seolah keadaan ekonomi bukan sahaja menghimpit dan merunsingkan individu, ekonomi juga sedikit sebanyak menjejaskan perjalanan dan pembangunan sesebuah syarikat akibat kurangnya projek2 yang baru, akibat ekonomi sejagat dan pelbagai lagi. Apatah lagi kita yang kecil ini untuk survive dan hidup bersama keluarga. Makan ..pakai dan sebagainya... Adakalanya tak tertahan dan tak terbendung adanya.

Apa yang harus kita buat? Jika hari ini hanya ada RM10 dalam beg duit kita untuk meneruskan hidup sebulan? Jika hari ini byk pihak datang menagih hutang dari kita? Jika hari ini pelbagai usaha dah dibuat namun semua masih sia-sia? Dan jika hari ini ada pula pihak yang datang meminta pertolongan dan sungguh tak sampai hati melihat keadaan mereka yang lebih teruk dari kita namun kita tak berdaya.

Namun apakah itu sahaja yang mampu kita buat ? Bagaimana dgn masalah kita? Apa kita harus lakukan ni??

Pertama sekali, kita acknowledge bahawa , ya kita mmg ada masalah sekarang ini. So what? Sedih? mmg kita terganggu tapi kita mahu elakkan itu dari berterusan mengganggu kita. Sebaiknya kita jangan buat apa-apa. Bertenang. Bernafas dengan tenang dan rehat. Rehatkan minda.

Inilah masanya kita hanya bertumpu padaNya... hanya Dia saja boleh mendatangkan miracle atau magik pada ini. Inilah masanya untuk kita benar-benar membuat penyerahan sebulatnya tanpa ragu tanpa kecewa tanpa risau kerana Dia itu Maha Segalanya...hanya kita yang sering lupa..sering ragu akan kekuasaanNYA.

Bertenang dan berdoalah. Berkata-katalah padaNya. Hidup masih perlu diteruskan oleh itu teruskan dengan penuh semangat dgn yakin dan tawakal bahawa pertolongan segera akan pasti ada. Percayalah!
Kalau hari ini anda hanya ada rm10, anda yakinlah esok anda akan ada rm100 jika itu yang anda perlukan!
Yakinlah bahawa pertolongan dariNYA akan datang dari pelbagai cara, sudut dan dari mereka yang anda tak terfikir pun. Anda perlu terbuka untuk menerimanya sahaja.

Mintalah padaNya... hanya Dia yang Mampu...hanya Dia yang Layak...hanya Dia yang Ada...

Rendahkan diri, bangunlah di tengah malam untuk extra homework. Berdoalah padaNya...ceritakan semua masalah anda. Kemudian usah gusar dan rasa gelisah. Usahlah anda tidak percaya pada doa anda sendiri. Usahlah anda ragu pada Tuhan anda Yang Maha Kaya.

Mintalah, untuk dikurniakan cahaya pada lisan , pada pandangan, pada hati, cahaya di dalam dan diluar, cahaya di sekeliling ....cahaya untuk menerangi jalan menujuNya. Kerana cahaya itulah Nur QasehNya...

Mintalah dan mintalah... Biar merengek bagai anak kecil, biar seperti si pengemis di jalanan... kerana hanya ada kamu dan Dia.

Berserahlah dgn benar-benar penyerahan tanpa sekelumit kerisauan , kemarahan, atau lain-lain rasa yang bisa merosakan penyerahanmu. Yakin dgn sebenar-benar yakin... sayang dgn sebenar-benar sayang....

Nescaya jika anda dapat lakukan ini, anda akan lalui kesusahan anda dgn jayanya.. dgn penuh kerohanian.. dgn penuh kejiwaan... dan barulah anda dapat nikmati musibah itu tidak sepahit yang disangka.

Jika sebenar-benar penyerahan.. maka sebut saja nama Dia akan buatkan anda sebak..  buatkan airmata bergenang tanpa bisa melakukan apa-apa...bolehkah kita? bolehkah kita dengan hanya melihat wafak namaNya, dgn hanya mendengar namaNya ..merasa sebak dan mengalirkan air mata? RahmatNya amat luas.. mengatasi kemurkaanNya.. kembalilah padaNya...