Tuesday, 15 July 2008
15 Julai Ulangtahun Kelahiran Ayahanda
15 Julai tiba lagi..
kiranya jasad mu masih tegar di hadapan mata ku...
usia mu pasti mencecah 64 tahun..
kematangan dan kebijaksanaan mu pasti menapak lagi
bak seorang tokoh disanjungi..
akan lebih nasihat dan kata hikmat terhambur dari mulut mu untuk ku..
akan kau lebih gembira dan tersenyum melihat daku kini
akan kau lebih bahagia bersama wanita setia di sisi
tak lupa jua.. akan lebih rambut putih di kepala mu ku kira..
Namun itu hanyalah anganku
Sekiranya sekujur tubuh mu masih di alam nyata
Walau kini kau tiada
Aku tau kau senang di sana
Kerana aku sentiasa mendoakan
Dan aku akan terus mendoakan
Ketenangan mu dan kerahmatan buat mu
Moga sentiasa di bawah kasih sayangNya...
Semoga kau jua sentiasa bersama ku
Memberi kekuatan dan mengiringi setiap kejayaan ku
Menjadi pelengkap sumber kebahagiaan ku
Walau dari kejauhan
Walau dari alam berlainan
Walau dari taman syurga loka mu....
Ayahanda...
selamat hari ulangtahun
tetap subur dalam ingatan
Sayang ini dari kami
dari bonda dan anakanda sekelian...
Khas buat Allahyarham Ayahanda Azizan Desa
(15 Julai 1944-12 Januari 2000)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
take care beb!
birthday akmal 16th july!
TQ...Happy Birthday Akmal!!!
Post a Comment