Salam...
Mmmm saya tak tak tau mcm mana nak mula tulis pasal ni.. mungkin ramai yang dok terfikir-fikir mcm mana enjoy kalau dah 'unpleasant moment'.. hehe..tapi itulah hakikat...
Saya berhujung minggu kali ini sekali lagi di kuching.. yang bezanya adalah..2 hari ni saya tak ada kereta!!!! Uwaaaaa.. ala2 menyayat hati lah pulak kan..Asalnya ada kenderaan tapi oleh kerana ada masalah teknikal yang tak dapat dielakkan ..makanya terpaksalah saya terperuk kat rumah saja dua hari ni.
Rumah yang ada dapur tapi tak ada gas hahaha ...memang tak pernah masaklah kat sini kan..syyy... so tinggallah makanan2 segera je yang ada..bayangkanlah dok mengunyah kacang,buah dan lain2 yang mana ada saja.. nak keluar boleh dgn teksi..tapi ala2 malaslah pulak pasal boleh pergi satu tempat je..so decided, just be at home...
Mmm dalam kebosanan, kekurangan makanan berkhasiat hehe dan kesepian (kena tgk movie sepi ni)..saya taknak mengaku tewas pada keadaan dan sebab itulah saya membuat keputusan utk enjoy saat2 ini tak kira dalam keadaan mana sekali pun, cara mana sekali pun.. Alhamdulilah.. byk yang dapat saya pelajari dan simpulkan dalam 2 hari ni..
Memberi lebih byk masa pada saya utk membaca buku2 yang saya bawa, memberi byk masa utk saya berfikir dan mendapat idea tentang perancangan dan pekerjaan yang sedang saya rancangkan...(Insyaallah nanti saya umumkan apa plan rahsia itu...tungguuu...) dan juga kesempatan utk buku yang sedang saya tulis..ha satu lagi projek X....
Jadi, walau apa jua keadaan kita, kita yang nak tentukan. Jgn mudah putus asa, tewas pada keadaan dan tutup minda kita. Haruslah lebih kreatif, jiwa kental dan tak mudah beremosi pada perkara yang tak seharusnya kita sensitifkan... apa jua yang ada di hadapan kita,apa yang kita tonton, yang kita baca dan dengar bolehkita analisakan dan ambil dari sudut atau perspektif yang berbeza.
Jaga hati sendiri..jika sedih dan berduka lara, maka cepat2lah ubah mode itu dan cuba hiburkan hati sendiri..cara terbaik..boleh dgn aktiviti fizikal seperti senaman, mendengar muzik, menyanyi dgn kuat... dan pelbagai lagi langkah boleh diambil utk melapangkan dan melegakan perasaan dan fikiran...
Oleh itu, jika anda terperangkap dalam situasi yang kurang ceria, kurang menyenangkan...usah gusar... sentiasalah kreatif ke arah membentuk suasana yang lebih harmoni dan kondusif!
Saya boleh! Anda pasti Boleh!!!
No comments:
Post a Comment