Tuesday 1 July 2008

Majlis Pelancaran Buku "Aura Penyembuhan Reiki" dan Graduasi Juruterapi M.I.R.

Salam Aura Kedamaian ...dan Salam Penuh Keceriaan!!

Alhamdulilah pada sabtu yang lepas iaitu pada 28hb.Jun 2006, telah berlangsung dengan jayanya pelancaran Buku Pertama Dr.Mir Hazil Azran Ramli yang juga merupakan guru saya yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya selama ini. Buku beliau bertajuk "Aura Penyembuhan Reiki" adalah terbitan pihak PTS Milenia S/B.Majlis yang telah dilaksanakan mendapat kerjasama baik daripada pihak penerbit buku sendiri iaitu dari PTS Millenia S/B, dengan dirasmikan oleh En.Jaafar Lassa , Ketua Cawangan dan Dasar Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia. Dihadiri juga Pengurus PTS , En.Fauzul , dan tetamu2 kehormat yang lain serta para Graduan dan Juruterapi IQBC.


Malam yang penuh gemilang (yang mana saya juga menjadi pengacara majlis untuk persembahan ceh wah) telah berlangsung di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam. Para yang hadir dengan warna yang serba merah memandangkan tema pada malam itu ialah - Merah, Aura Membara! Bayangkan mcm sambutan Gong Xi Fa Cai pun ada..he he...
Apa pun tahniah atas pelancaran buku ini. Pastikan anda diluar sana segera mendapatkannya di kedai2 buku kelak kerana ini merupakan buku yang pertama berkenaan ilmu Reiki di tulis dan dikupas seumpamanya di dalam bahasa malaysia, hasil tulisan org melayu muslim! Dapatkan dan bandingkan dengan buku2 lain yang ada dipasaran..anda pasti tidakkan menyesal..hanya rm25...(sungguhpun saya merasakan value buku ini lebih daripada itu..apa pun ianya hadiah utk anda diluar sana..bak kata penulis..)..
Bahagian kedua majlis menyaksikan majlis penyampaian sijil pada para graduasi IQBC yang telah tamat dan bergelar Juruterapi kini. Tahniah pada semua..termasuk pada diri saya sendiri yang turut pada malam itu menerima Anugerah Khas kategori Juruterapi kanan! Ehem ehem.... sungguh tidak menyangka dan syukur teramat sangat!

Akan saya upload kan gambar2 sekitar majlis berkenaan kelak!

Ayuh! Kembara bersama REIKI!








No comments: