Salam hujung tahun dan salam tahun baru buat semua...
Rasanya hampir sebulan sudah tak update blog ini.. almaklum aktiviti dan kerja yang memerlukan masa ku di luar dan berjauhan dgn komputer hehe.. apa pun tak lupa saya ingin mengingatkan di penghujung tahun begini kembali semak segala perancangan dan apakah yang telah anda tulis dan hajatkan di awal tahun ini? Adakah sudah tercapai hajat yang dicita? Adakah anda telah menempa kejayaan demi kejayaan ? dari 10 hasrat dan cita2 berapakah yang telah tercapai? termeterai di alam nyata? atau harapan hanya tinggal harapan? impian hanya tinggi melangit tak tercapai dek tangan?
Check! cepat check balik segala buku rahsia atau nota impian anda!
Bagi saya alhamdulilah ..antara impian besar yang ingin saya capai telah pun terlaksana! Pembukaan Reiki i-Medic , Bangsar salah satunya yang telah saya catatkan dalam buku impian saya di awal tahun ini dan alhamdulilah , saya telah berjaya menggapainya pada bulan yang sama juga seperti yang saya impikan!!
Hebat bukan kuasa dalam diri kita dan kuasa pada minda kita..dan kuasa berserah dan kuasa doa dan kuasa bersyukur dan pelbagai kuasa anugerahNya yang ada pada kita..
Oleh itu , bagi impian yang belum tercapai, semak semula, tulis semula, teruskan impian utk mencapainya dan jgn sekali2 mudah putus asa. Ianya akan hadir tanpa anda sangka2 jadi usahlah bermuram durja dan berduka... pada waktu inilah yang terbaik utk anda tanamkan semula segala yang ingin anda capai pada tahun mendatang ini...
Semoga segala cita mendapat jalan yan gmudah dan terbaik untuk anda dan saya lalui di tahun hadapan ini!!!
Wednesday, 24 December 2008
Thursday, 4 December 2008
Salam Takziah
Salam takziah dan Al fatihah buat keluarga mangsa yang mengalami kemalangan di New Zealand yang mengorbankan Timbalan Dekan dan seorang pelajar. Timbalan Dekan yang dimaksudkan juga merupakan suami kepada 'Master S' yang juga merupakan rakan seperjuangan dalam bidang Reiki ini.
Semoga tabahkan hati atas dugaan yang melanda ini semoga mendapat segala kekuatan dariNya.
December 04, 2008 01:24 AM
UiTM Lecturer, Student Killed In Accident In New Zealand
KUALA LUMPUR, Dec 4 (Bernama) -- A lecturer and a female student of Universiti Teknologi Mara (UiTM) were killed and four others injured in a road accident in New Zealand on Wednesday.
Assistant Vice-Chancellor at UiTM's Corporate and Communications Department, Assoc Prof Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman, when contacted by Bernama, said the victims were on a 10-day study trip to several universities in New Zealand and also to complete a photography project there.
Those killed were Shafiee Ahmad, 51, the Deputy Dean of Student Affairs at the Communications and Media Studies Faculty, who was from Taiping, Perak but was residing in Shah Alam, and Mariyam Sakinah Ahmad, 21, a second year broadcasting student who hailed from Kampung Pinang Jawa, Kuching, Sarawak.
Ahmad Redzuan said the group, comprising four lecturers and five mass communication students, left on the study tour to New Zealand last Wednesday and were expected back on Friday.
"I was informed that their bodies are at a hospital in Auckland," he added.
-Bernama
Al Fatihah.

Friday, 21 November 2008
Nasi Lemak Kopi O
UPDATE: YOGA DIHARAMKAN!!!
2 hari lepas seperti yang dijadualkan saya berada di set rancangan nasi lemak kopi o,di tv9 bersama dr.mir hazil dan pn.Su. Pengalaman menarik kerana rancangan yang sungguh santai tapi padat dgn berita hangat.Apalagi kalau bukan berita berkenaan isu Yoga. Berikut adalah petikan dari akhbar mengenai pengumuman oleh majlis fatwa negara sejurus selepas rancangan tersebut selesai dan setelah bebrapa pandangan dari org ramai diterima:
"Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, memutuskan amalan yoga secara sistematik iaitu yang membabitkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan Tuhan, bertentangan dengan syariat Islam.
Amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga tanpa unsur-unsur mantera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan namun tetap tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim.
Susulan daripada itu, beberapa laporan akhbar antaranya memetik pandangan NGO dilihat seakan mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan apabila meminta badan itu supaya memberi fokus kepada isu lain yang lebih serius dan bukannya yoga yang hanya satu jenis senaman.
Bagi NGO tersebut, amalan yoga yang disifatkan mereka sebagai senaman menyihatkan tidak pernah menyebabkan pengamalnya menukar agama daripada Islam kepada Hindu atau mengancam kedudukan Islam."
Dan antara reaksi pengusaha studio yoga :
"KUALA LUMPUR 23 Nov. - Beberapa pengusaha kelab yoga menafikan amalan senaman itu mempunyai unsur-unsur agama Hindu, sebaliknya dilakukan untuk kesihatan yang kesannya dibuktikan menerusi kajian saintifik.
Pengusaha Moya Yoga Studio, Datin Suleiha Merican berkata, senaman yoga yang dilakukan di studio miliknya tidak mempunyai bacaan mantera dan berzikir tetapi semata-mata amalan senaman.
Menurutnya, ramai pelajar di studionya itu yang menghidap sakit kepala, migrain, asma, sakit belakang, tekanan darah tinggi dan rendah mengamalkan senaman ini dan merasai keberkesanannya.
''Banyak artikel mengenai kebaikan amalan yoga untuk memulihkan beberapa penyakit dan turut disokong oleh pakar perubatan telah dihasilkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian berhubung kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik kerana dibimbangi akan menghakis akidah jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.
Suleiha, 57, seterusnya memberitahu, beliau yang telah 40 tahun menjadi guru yoga tidak pernah merasa akidah dan keimanannya terhadap Islam dan Allah terjejas.
Malahan, katanya, kesihatan dan ketenangan yang diperoleh melalui senaman yoga sejak berusia lima tahun membuatkan dirinya lebih mendekati Allah dengan membaca al-Quran beserta tafsirannya.
Sebelum ini, katanya, beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang menghasilkan tujuh siri video cakera padat senaman yoga yang dilancarkan pada Festival Filem Cannes, Perancis pada 1996."
Seperti yang dibualkan semasa rancangan dikeudarakan, kita tidak menolak bahawa yoga adalah aktiviti berunsur ketuhanan bagi agama hindu namun harus kita pelajari dan fahami secara menyeluruh peringkat2 atau tahap amalan yoga ini. Tahap pertama atau yoga yang dikomersilkan hanyalah bertumpu kepada kesihatan dan energi tubuh manusia. Pada saya umat islam di negara ini tidak bodoh utk membabi buta mengikut amalan yoga yang mengundang getaran dan goyah pada akidah masing2. Kalau dah menyeru tuhan lain, maka wajarlah bertaubat dan insaf.. namun bagaimana pula yang hanya membabitkan gerakan2 utk kecergasan dan kesihatan tubuh badan? yang berunsur riadah seperti tai chi, ciqong dan lain2 lagi? bagaimana pula guru2 yoga yg beragama islam sekarang?apakah harus mereka bertukar profesion?
Apa pun , nasi lemak dan kopi o yang dihindangkan sedap...syukur :)
** Bagaimana pula gerakan tarian atau sesetengah seni mempertahankan diri sehingga adakalanya memnyebabkan pelakunya seakan tidak sedar diri dan dirasuk seperti kuda kepang , mak yong , silat dan lain2... mmmm renung2kan.....!
.....................................................................................

SAKSIKAN ESOK DI TV9 , RANCANGAN NASI LEMAK KOPI O PADA JAM 8AM. BAKAL MEMAPARKAN TOPIK PERBICANGAN YOGA YANG DIWAR-WARKAN AKAN DIHARAMKAN.
SAKSIKAN SEDIKIT TEMUBUAL DAN DEMO SENAMAN AURA OLEH PARA JURUTERAPI REIKI I-MEDIC!!!
NANTIKAN ESOK!!!

Tuesday, 18 November 2008
Kenderaan Soleh
Salam ...alkisah ada suatu pagi sewaktu tengah siap2 nak pergi kerja sambil2 tu tv terpasang dan pagi2 biasanya ada motivasi pagi di tv3. Yang menarik topik hari tu tajuknya kenderaan soleh.
Haa bukan org saja soleh..kereta pun soleh jugak.. mcm mana nak jadikan kereta atau apa saja kenderaan kita soleh? Dan apa pula faedahnya?
Jadi dalam bicara pagi itu diulaskan bahawa kenderaan yang soleh adalah kenderaan yang menyenangkan pemiliknya dan membawa pemilik ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya. Pada masa dahulu, sewaktu Halimatun Saadiah ibu susuan junjungan besar Nabi kita Nabi Muhammad SAW , sewaktu membawa pulang nabi untuk disusukan buat pertama kalinya , kenderaan tunggangannya iaitu seekor keldai tua yang pada masa datangnya amat uzur dan kurang bertenaga. Malah sentiasa tertinggal dibelakang gerombolan yang diikutnya. Akan tetapi sewaktu kembali bersama-sama Nabi Muhammad SAW yang masih bayi kecil ketika itu, keldai itu menjadi gagah perkasa dan berlari dengan kuat meninggalkan yang lain. Semua ini kerana ada manusia hebat di atasnya.
Oleh itu , untuk kita menjadikan kenderaan kita kenderaan soleh , maka kita terdahulu hendaklah menjadi soleh iaini sentiasalah berbuat kebaikan dan beringat2...sentiasa jugalah membelai dan menjaga kenderaan masing2 dengan baik. Jangan sesekali memaki atau memarahi kenderaan jika ada yang tidak kena. Kerana, sesudah kita memarahi atau melaknat kenderaan kita, adalah tidak wajar atau tidak layak bagi kita untuk menaikinya. Malah bukan sahaja pada kenderaan , pada barangan apa jua sekalipun. Jadikanlah semuanya barangan yang soleh dan kenderaan kita kenderaan yang soleh agar memudahkan dan menyenangkan kita jua akhirnya.
Sekian sekadar berkongsi...

Thursday, 6 November 2008
Update
Salam..hari ni agak perlahan perjalanan menempuh satu hari hingga ke malam kerana saya agak kurang sihat. Namun syukur alhamdulilah bila hari beransur petang kesegaran mula menerjah. Alhamdulilah...kesakitan dan ketakselesaan beransur hilang... datangnya secara tiba2 bak angin kus-kus kata ibu ..hehe.. mungkin jugak... mungkin jugak untuk kebaikan... mesin-mesin dalam ini perlu di ovehaul... maklumlah non stop digunakan...
Apa pun syukur dan semoga esok hari tetap menjelma dgn kesegaran dan keceriaan baru...
Derai-derai Cemara ~
Cemara menderai sampai jauh
terasa hari akan jadi malam
ada beberapa dahan di tingkap merapuh
dipukul angin yang terpendam
aku sekarang orangnya bisa tahan
sudah berapa waktu bukan kanak lagi
tapi dulu memang ada suatu bahan
yang bukan dasar perhitungan kini
hidup hanya menunda kekalahan
tambah terasing dari cinta sekolah rendah
dan tahu, ada yang tetap tidak terucapkan
sebelum pada akhirnya kita menyerah

Tuesday, 21 October 2008
Perasmian Reiki i-Medic
Salam Sejahtera dan Salam Kasih...
Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana kelancaran program atau sambutan aidilfitri beserta majlis pelancaran dan perasmian Reiki i-Medic, Bangsar pada 19/10/2008 iaitu pada ahad yang lalu.
Alhamdulilah walau pun agak ringkas namun majlis tetap meriah dan jutaan terima kasih pada yang sudi hadir bagi memeriahkan dan meramaikan suasana. Pada juruterapi yang memberi pertolongan, terima kasih sekali saya ucapkan. Pada rakan juruterapi yang lain, yang datang dari dekat mahupun yang dari jauh.. pada rakan2 saya, pada ibu dan keluarga saya yg turut hadir..pada coach amar, saudara ikram pts, pada mereka yang lain... dan khas pada pihak pengurusan IQBC..pada Guru ..Dr.Mir Hazil yang merasmikan pada hari itu..semoga doa dan tunjuk ajar mu senantiasa bersama..
Semoga detik bersejarah ini membuka lembaran baru buat diri saya dan sahabat yang lain..ke arah peningkatan diri dan ilmu..ke arah mencapai matlamat dan wawasan..memertabatkan ilmu di samping membantu yang memerlukan... Doakan langkah kami ini terus gagah dan maju terus ke hadapan ....!
.JPG)
Terima kasih semua yang hadir.
.JPG)
Ramai yang ingin mendapatkan Digital Meridian Analisis pada hari tersebut.
.JPG)
.JPG)
.JPG)
.JPG)
Upacara penyampaian watikah perasmian..hehe
.JPG)
Master Shifoo berucap..tak panjang 5 mukasurat je hihi..
.JPG)
.JPG)
Sekitar majlis dan hadirin yang datang.
.JPG)
.JPG)
.JPG)
Bacaan doa utk lebih baraqah oleh En.Shahrin kita...
.JPG)
Sila sila jemput makan...
.JPG)
Penyambut tetamu eh? :)

Tuesday, 14 October 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)