Tuesday, 12 April 2011

Papan Visi: Selangkah Di Benua Eropah...

Salam penuh kesyukuran ke atas limpah rahmat dan kurniaNya. Pertamanya atas segala yang dinikmati oleh hari ini... syukur atas usia, nafas, rasa, bahagia, pahit, segalanya... Syukur juga atas beberapa agenda yang telah terlaksana dengan penuh hikmahnya. Jua turut mensyukuri kepulangan sifu saya dari tanah suci...alhamdulilah.

Awal tahun lalu saya telah membayangkan bahawa akan lebih banyak merantau dan tidak berada di rumah kerana andaian saya bahawa kerja akan membawa melangkah sini dan sana. Namun bukan atas dasar kerja sahaja , rupanya percutian jugak akan membawa saya ke tempat-tempat yang saya tidak sangka langsung akan menjejakkan kaki dalam waktu singkat di tahun 2011 ini.Syukur alhamdulilah.

Baru-baru ini saya telah bercuti dan membawa ibu tercinta bersama ke benua Eropah. Alhamdulilah rezeki  kami sampai ke sana. Seketika saya teringatkan akan sesuatu. Tentang vision board saya yang saya buat di awal tahun.. satu utk urusan kerja dan syarikat, satu lagi untuk peribadi. Dan bercuti di Eropah ni termasuklah dlm perancangan kehendak hati saya bersama perancangan yang lain-lainnya.



Vision Board saya  :)

Alhamdulilah kini tiap kali saya melihatnya saya akan terus tersenyum dan berdoa agar lain2 hajat saya tercapai. 

 Naik Gondola di Venice

 Di hadapan Leeds Castle

 Di kota London

 Rome

 Stonehenge

Paris

Thursday, 10 March 2011

Coratan sahaja

Salam buat semua... wah pantas masa dan detik berlalu.. sudah sepurnama lamanya tidak bertinta di sini..sudah ku bilang tahun ini agak kecapekan berkerpergian ke sana dan ke mari...sudah seminggu di perantauan dan menghitung hari untuk kembali ..dan kemudian akan kepergian lagi...(apasal lak bahasa seberang ni,.. hehe)

Dalam kesibukan melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan pelbagai yang saya alami dan buat menambah ilmu di dada...walau ke mana saya pergi, walau di mana saya lihat... semuanya sama.. semuanya cukup haul aturannya.. cuma kita saja tak menyedari.. resah gelisah akan ketakpastian..sedangkan semuanya suatu yang pasti..  acapkali terjadi atas kebetulan yang mungkin hanya pada permainan fikiran...

Di mana saja, ada cinta...walau di mana kita ada dengki... ada suka... kehendak... ada duka dan ada keterharuan... rasa sama..riak sama.... ada menang dan ada kerugian...

Usah terlalu duka andai diri dikecewa..usah terlalu leka anda gembira membuak di dada...tenangkan jiwa, syukuri atas segalanya... kepayahan dan detik sukar kan berlalu jua.. apa yang penting ketabahan, kecekalan dan ketakwaan padaNya...

Saya masih di perantauan sudah hampir minggu kedua.. insyaallah esok akan kepulangan ke kota..ku jalani tanpa kuragui..ku percaya dgn apa yg ku rasa... ku yakin atas sgala kebaikan dan batilnya..

Kan temu jua pada hulunya...

Monday, 14 February 2011

Salam Maulidur Rasul

Salam Rabiul Awal.. Salam Kelahiran.. jua Salam Kewafatan...

Bila tiba hari ini pasti masjid-masjid dan surau-surau mengadakan ceramah dan tazkirah bagi mengenangkan satu-satunya manusia agung yang pernah hadir di dunia ini. Dunia yang sama kita bernafas..dunia yang sama kita mencari rezeki...dunia yang sama kita memohon segala keberkatan...

Namun pastinya suasana agak berbeda..pastinya dugaan dan cobaan terlalu jauh lebih hebat dari kita yang begitu tipis keimanan dan sering mengeluh dgn ujian kecil. Manusia agung ini terlalu banyak kecintaannya..terlalu banyak jasa dan keringatnya.... tercurah untuk kita...untuk umatnya... hingga saat kematian masih lagi memikirkan nasib umatnya.

Amat hiba sekali tatkala membaca dan mengenang saat kewafatannya... hingga beberapa kali diulang dengari kisah itu masih jua tersentuh di hati. Apakah agaknya rasa dan gelora di hati mereka yang bersamanya ketika itu? Abu Bakar teman setia..Fatimah anak tersayang... dan lain-lain yang hadir.. sudah pasti menuntun jiwa saat melihat keberangkatan kembalinya baginda kepadaNya... kepada kekasih yang Maha Pengasih... Maha Hebat...lalu apa untungnya kita menunjuk2 kehebatan cinta sesama kita hanya sekadar membeli bunga ros yang mahal harganya dan merelakan diri menjadi ikut-ikutan budaya asing... dapatkah kita menandingi kasihnya Rasullullah S.A.W.?

Mengenang kelahiran...terlalu banyak untuk disyukurkan...mengenang kewafatan...sungguh pilu dan sebak hati ini...Keberangkatan baginda sudah pasti ada tempatnya... keberangkatan kita nanti? bagaimana? di mana tempat kita? cukupkah kasih kita mengasihi untuk menerima kasih?

Apapun, di hari mulia dan diraikan ini...bersamalah terus memanjatkan kesyukuran dan memberi puji-pujian pada yang diraikan... Moga kita semua senantiasa diberkati dan dirahmati dengan segala kebaikan dunia dan akhirat.

Wednesday, 9 February 2011

Terima Kasih Ku

Syukur ku ke hadrat Nya.. atas segala yang aku alami, atas segala yang aku rasai, atas segala yang aku dengari dan atas segala-galanya. Mungkin tidak cukup detik dan masa sehari,  untuk aku terus mensyukuri kerana segala nikmat, segala yang tersedia, tiada galang lawannya. Namun keterbatasan diri, atas dasar manusia alpa, adakalanya detik dan masa sehari terbuang begitu saja tanpa rasa syukur, tanpa rasa terhubung...

Hari ini ingin ku luahkan rasa syukur ku terutamanya kerana dikurniakan sahabat si sekeliling ku yang rata2nya cukup istimewa..cukup hebat.. lantaran aku sedikit malu kiranya tingkah diri tidak cukup untuk menyaingi dan tidak cukup untuk memberi semula atas kehebatan mereka ini.

Sesungguhnya kita tidak tahu erti sebuah persahabatan tanpa ada acara yang mencuit hati dan ingatan. Kita tidak akan tahu erti budi seorang sahabat kiranya kita tidak menerima budi itu sendiri... namun apakah harus kita menunggu untuk mendapat budi untuk diberi budi itu? Apakah sememangnya kita layak menerima segala kebaikan ini atas apa yang kita lakukan seharian? Pertanyaan demi pertanyaan.. sungguh kasih sayangNya melampaui segala.

Yang ku pelajari.. hati budi seseorang itu adakalanya boleh melampaui jangkaan diri sendiri.. hingga terfana rasanya diri ini atas segala pengorbanan, atas segala kesanggupan seseorang boleh lakukan atas insan lain hanya atas nama sebuah persahabatan dan kepercayaan. Rasa melimpah segala kasihNya melaluinya... rasa kerdil atas limpahan budinya... rasa acara ini tidak harus dipersia..kepercayaan harus dijayakan dan dilaksana sempurna.. kini kekuatan harus membentengi diri.. untuk menerus acara dari limpahan dia untuk terus mara..

Dia beri melalui dia... Dia menampakkan aku menerusi dia.. aku longlai cuba membendung rasa.. apalagi alasan ku..apalagi daya ku.. Dia Maha Hebat... dia ku hormat... ku muliakan di mata ini... dia ada istimewanya.... Ku terus mensyukuri.. ku mohon agar tiada tersasar diri ...

Syukur padaMu... terima kasih ku padanya....

Monday, 31 January 2011

Reiki

Salam.

Sejak awal tahun, lama pulak rasanya tak menulis di sini. Saya perasan ramai yang melawat blog ini  pada artikel majalah MIDI. Artikel yang berkenaan dgn terapi Reiki yang saya tekankan tentang rawatan atau terapi bagi stress. Atau mungkinkah saya yang perasan sebab sebenarnya mungkin orang tertarik pada Majalah MIDI itu sendiri hehe.. tak kisahlah apa pun ianya telah menarik mereka untuk singgah sebentar di sini.

Buat yang masih baru atau pertama kali mendengar tentang Reiki, saya ceritakan serba sedikit di sini. Reiki merupakan salah satu cabang dalam terapi komplementari, yang asalnya dipraktikan di Jepun setelah dipercayai ditemui semula oleh Dr.Mikao Usui. Dari Jepun ianya berkembang kemudiannya ke Eropah dan kini hampir seluruh dunia mengetahui dan mengaplikasikan teknik penyembuhan ini.

Reiki itu sendiri bermaksud REI - semulajadi , KI- tenaga (atau chi- dlm bahasa cina, kudrah-dlm Islam, prana - dalam Sanskrit dan sebagainya). Keseluruhan maksud membawa erti Teknik atau Kaedah Terapi Reiki adalah dengan Tenaga Alam Semulajadi.

Kaedah Terapi Reiki adalah mudah dan selamat untuk semua golongan. Ianya secara konsepsual adalah dengan mengalirkan tenaga penyembuhan alam oleh juruterapi Reiki kepada tubuh pesakit. Ini boleh dilakukan dengan cara berbaring, duduk mahupun secara jarak jauh.

Pesakit hanya perlu berbaring atau duduk dengan tenang sambil cuba mengamati tenaga penyembuhan ini. Biasanya juruterapi akan alirkan tenaga penyembuhan ini dengan cara sentuhan tangan iaitu meletakkan tangan kepada posisi-posisi tertentu tubuh selama beberapa minit bagi setiap posisi. Pesakit pada kebiasaannya akan mula merasai kehadiran tenaga ini dengan pelbagai sensasi bergantung pada deria rasa masing-masing. Ada yang merasakan seolah-olah seperti tenaga magnet mengililingi tubuh, ada yang merasakan sedikit kepanasan atau haba pada bahagian-bahagian tertentu, dan ada juga yang dapat merasakan suasana yang sejuk atau dingin pada tubuh mereka. Ini tidak terbatas pada rasa panas sejuk atau seperti magnet sahaja, kerana pelbagai sensasi lain yang pesakit berkemungkinan dapat merasainya atau mungkin juga tidak merasa apa-apa. Namun, jika tidak merasa apa-apa bukanlah bererti sesi tersebut gagal atau tidak ada peyembuhan berlaku, kerana ini semua bergantung pada deria sensasi masing-masing. Tenaga tetap dialirkan sama ada secara anda sedar atau tidak kehadirannya.

Pengaliran tenaga positif ini akan mula bertindak balas dengan sistem tubuh anda, dan mula menghambat atau memecah segala kekangan atau 'blockage' yang ada pada aliran tenaga anda.  Anda akan mula merasa perubahan dari masa ke masa dan sekiranya perlu, ulangan sesi terapi boleh dilakukan untuk pembersihan tubuh atau mempertenagakannya semula dengan lebih efektif.

Penyembuhan juga berlaku pada setiap tingkatan tubuh  merangkumi minda, kerohanian, emosi dan juga fizikal. Seharusnya anda akan lebih positif, lebih bertenaga, lebih tenang, lebih mensyukuri persekitaran anda, lebih fokus, dan pelbagai lagi perubahan positif yang boleh berlaku.

Tempahlah sesi rawatan anda dan rasakan pengalaman Reiki hari ini!

Wednesday, 12 January 2011

ceritera 11.1.11

 Alhamdulilah tahun ini bakal menyaksikan perjalanan saya yang akan lebih aktif dan bakal ke sana dan ke mari kerana tuntutan kerja. Kini bersiaran dari Bintulu. Setibanya dari KL smlm, terus kesibukan perlu menyelesaikan beberapa perkara utk agenda lawatan ke tapak bina dari pihak client. Tapak bina adalah beberapa blok tambahan sekolah.

Setibanya ke kawasan sekolah, saya merasa sungguh terpesona dan kagum kerana keperihatinan dan daya usaha dari pihak sekolah sendiri dlm menyediakan persiapan yang sungguh 'grand' bagi saya semata-mata menyambut ketibaan pegawai dari pihak client. Siapa kata seorang guru tidak boleh menyumbang banyak pada bangsa dan negara? Siapa kata pekerjaan seorang guru hanya terbatas di sekolah saja.. saya menyaksikan usaha dari pihak sekolah yang berjaya mengutip dana puluhan ribu ringgit demi menambahbaikkan perkhidmatan sekolah dan keperluan pelajar, saya menyaksikan 'presentation' melalui 'slide' yang begitu hebat mengalahkan seorang pereka grafik.. dan pelbagai lagi usaha-usaha hebat yang dilaksanakan.
Pun begitu , tidak semua pelajar mengalami nasib bertuah seperti sekolah di kawasan bandar. Masih ada sekolah di luar bandar yang memerlukan pihak pelajar dalam usia muda seawal umur 7 tahun untuk tinggal di asrama kerana lokasi dan kekurangan pelajar. Dan saya diberitakan, ada malam-malam yang pihak guru dan murid sama-sama menangis dan bersedih kerana pelajar yang masih muda ini terkenangkan keluarga masing-masing. Bayangkan adik-adik dan anak-anak kita di usia 7 tahun sudah berpisah dan mengharungi hidup berdikari sendirian bersama rakan-rakan. Dan oleh sebab ini juga ramai yang tidak meneruskan pelajaran.. sungguh tersentuh atas cerita yang diberitakan dari guru-guru ini.

Kemudian tiba waktu lawatan dari tetamu VIP yang ditunggu-tunggu. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Semua berpuas hati dan senyum sepanjang waktu itu.. Syukur ke HadratNya....

Setelah semuanya selesai, tibalah masa untuk berangkat ke Kuching. Malangnya diberitakan semua penerbangan dibatalkan akibat airport Kuching ditutup atas sebab berlaku kemalangan, Kapal Terbang Air Asia tergelincir ketika melakukan pendaratan pada malam sebelumnya. Syukur tiada kemalangan jiwa cuma beberapa kes kecederaan ringan sahaja.

Tuesday, 4 January 2011

Monolog 2011

Alhamdulillah.. 2010 selamat berlabuh...2011 mula mengangkat sauh ... 'kick off' yang penuh tenaga positif bagi diri ini. Bermula dengan perjalanan pulang ke kampung sambil menyedut udara nyaman dari pokok-pokok dan sawah padi yang menghijau. Bersama hembusan ku cuba untuk mengeluarkan yang batil dan menyedut yang positif , bersih lagi menyegarkan. Moga diri ini men'discharge'kan tenaga yg tidak sihat yang tak diperlukan... semoga diri ini lebih bertenaga dan kekal positif. Semoga kepergian ini tak sia-sia.

Sekembali ke ibu kota, seawal permulaan kalendar Januari.. kalendar bekerja mula berdetik dan terus rancak bergerak. Sederetan senarai kemahuan hati dlm wish list yg ditintakan , begitu jua langkah mula mengorak seiring. Ya Allah moga tahun ini lebih baraqah dan bermakna segala pengisian dan tuturcara. Insyaallah its gonna be a great year yeah! Itu kata hati.

Teruskan percaya itu. Teruskan pencarian itu. Teruskan kesabaran itu. Suatu hari kan dtg pemahaman itu. Rasa itu. Pengalaman itu. Bagai ingin dilaungkan... bagai ingin dicanangkan... agar sama2 dpt beramal bersama ilmu yang ada...apakah mereka mendengar? apakah mereka mahu? apalagi ikhlas hati? Diri kan tetap tekun..janji pada diri.....

2011... salam sayangku..sambut hadir ku...dalam hadir mu...