Thursday, 20 September 2007

Reiki Penyembuhan Kerohanian

Penyakit adalah menifestasi ketidak seimbangan tenaga yang berlaku dalam sistem bio-tenaga manusia. Kebanyakkan penyakit fizikal merupakan kesan akhir apabila suatu bentuk tenaga mengalami kekurangan, kebocoran, terlalu aktif (hyper-active), tidak stabil dan terganggu dengan gelombang rediasi. Pancaran gelombang berfrekuensi tinggi dari luar tubuh boleh membocorkan medan aura malah jika ia berlarutan atau terlalu kuat; ia mungkin merosakkan bateri hayat manusia iaitu sistem chakra tubuh. Radiasi boleh berlaku dari beberapa unsur atau sebab umpamanya kesan pendedahan sistem aura kita secara berterusan atau berpanjangan kepada gelombang elektromagnatik seperti pekakas elektrik, elektronik, talifon bimbit, gelombang radio dan lain-lain. Malah, gangguan gelombang radiasi juga boleh berlaku dari elemen sihir, lintasan jin, santau, saka dan seumpamanya.

Secara ilmiah, apabila berlaku gangguan arus tenaga pada tubuh manusia; sistem sel tubuh tidak dapat bekerja seperti sediakala. Sebagai contoh apabila kita mengalirkan arus tinggi kepada pekakas elektrik yang berarus rendah atau perkakas yang menggunakan plug adapter untuk mengecilkan arus elektrik biasa seperti talifon bimbit, pekakas tersebut mungkin terbakar atau rosak. Begitu juga tubuh, andaikata seseorang mengalami gangguan jin yang menggetarkan frekuensi gelombang yang tinggi (infra merah); sistem sel dan seluruh sarafnya akan mengalami kejutan arus secara berterusan lalu mengakibatkan kerosakkan berlaku. Malah adakalanya ia akan menjadi terlalu aktif (hyper-active) dan mencorak aktiviti luar biasa yang menongkah adat seperti histeria, gangguan penafasan, kesakitan yang memuncak, hilang pertimbangan, hilang keseimbangan dan sebagainya.

Suatu masa dahulu dikalangan pengamal medik moden, perkara atau penyakit sebegini sering mengelirukan mereka. Ujian atau dignosis akan berubah-ubah dari masa ke semasa dan akan mengakibatkan kesilapan dalam ujian atau penilaian terhadap simptom penyakit. Lalu ini menyebabkan ubat atau rawatan yang diberi gagal memberi kesan segera atau positif. Namun begitu dewasa ini perkembangan ilmu dan teknologi sains telah banyak membantu untuk kita memahami keadaan tersebut dengan lebih mendalam. Kini, sains juga mampu menjelaskan teori-teori perubatan tradisional atau purba yang telah diwarisi zaman-berzaman dalam konteks bagaimana ia berkesan untuk sistem tubuh antaranya amalan mandi bunga, berpantang, berbarut, mengurut, aromaterapi, refleksologi, akupuntur, REIKI dan lain-lain. Antara penjelasan yang utama tentunya dengan penemuan teori Sistem Bio-Hayat manusia yang membicarakan tentang sistem arus gelombang, meridian, nadis, kundalini, aura dan chakra pada tubuh manusia.

Teknik Terapi Reiki merupakan rahsia penyembuhan alami yang berinti-patikan kemaha kuatan doa (yang juga adalah gelombang) oleh si pesakit dan pengamalnya. Secara luarannya, pengamal Reiki seolah-olah hanya memberikan sentuhan melalui tangannya ke kawasan yang mahu di alirkan tenaga. Namun secara sains fiziknya, pengamal tersebut sebenarnya sedang mengalirkan gelombang tenaga positif kepada si penerima. Pengamal akan memulakan rawatannya dengan kekuatan niat dan doanya untuk menjadi medium pengantara agar tenaga penyembuhan alam dapat dialirkan kepada pesakit. Ini secara otomatik akan memancarkan signal positif kepada alam yang seterusnya akan menarik gelombang-gelombang positif alam kepadanya. Dari sudut islam, gelombang cahaya ini bolehlah diumpamakan seperti Nur Illahi yang telah Allah anugerahkan untuk sekelian makhluknya di alam ini.
Zat Illahi atau gelombang tenaga alam ini lebih mengetahui akan keperluan sipenerima rawatan ini. Maka dengan itu, pengamal Reiki biasanya hanya menumpukan doa-doanya sebagai pemohonan dan menyerahkan (tawakal) kesan penyembuhan tersebut pada yang Hak. Malah bagi pengamal muslim, mereka digalakkan membaca ayatul Quran sepanjang tempoh rawatan. Sekiranya terdapat gangguan arus radiasi seperti gangguan jin; pertembungan tenaga alami Reiki dan getaran arus tinggi dari makhluk halus ini akan menghasilkan tindak-balas yang akhirnya tenaga alami ini akan meneutralkan atau mendiscajkan arus tinggi tersebut dari sistem tubuh. Secara tidak langsung, tenaga alami ini akan meransang semula sistem kekuatan roh seseorang bagi mengembalikan atau memulihkan semangat dan jiwanya untuk terus mengkhalifahkan tubuh, minda dan emosi seperti sediakala. Melalui pemantapan sistem kerohanian, hidup seseorang (emosi, minda dan tubuhnya) akan menjadi lebih sihat dan sempurna.

Haruslah diingat bahawa Terapi Reiki merupakan salah satu kaedah rawatan komplementari yang membicarakan tentang sistem bio-energi manusia. Melaluinya pengamal mempelajari kaedah atau teknik untuk merawat. Pemantapan dan tahap tenaga si pengamal bergantung pada ILMU, disiplin latihannya serta pengalamannya. Jika skil atau teknik ini diadun sempurna dengan tahap kerohaniannya; sudah tentulah hasilnya menakjubkan. Seperti anda belajar memandu, dari lesen L hingga dapat P dan seterusnya hinggalah lesen penuh; anda menggunakan skil & teknik memandu yang dipelajari untuk mencipta pengalaman dalam pemanduan. Seterusnya apabila skil pemanduan ini diadun dengan minat, penghayatan dan penelitian anda (aspek kerohanian) terhadap sesuatu jenama kereta (contohnya kereta Jepun jenama Toyota); ia menghasilkan suatu keserasian yang hebat bagi diri anda. Begitulah perjalanan anda dalam mempelajari ilmu Reiki.

Sekian.

Petikan:
Salam Aura Kedamaian..
Dr Mir Hazil Azran RamliPhD Human Bio Energi – USAReiki Chapter Leader – Malaysian Society for Complementary Therapies.

www.7chakra.com

No comments: