Thursday, 6 September 2007

Reiki Dan Emak

Aku masih ingat masa mula-mula aku baru saja berjinak-jinak dengan reiki. Ketika itu masih di level 1 dan level 2. Selesai level 2 biasanya masing-masing ingin mencuba melakukan reiki untuk orang lain lebih-lebih lagi untuk ahli keluarga dan rakan-rakan. Aku juga tergolong dalam orang-orang yang ingin mencuba itu. Peluang baik tiba apabila pada suatu hari aku menelefon emak ku di kampung untuk bertanya khabar berita. Rindu sungguh kerana lama tidak bersua. Maklumlah aku ini memang anak manja.Tapi adik ku yang menjawab panggilan dan mengatakan emak kurang sihat. “Emak sakit perut la kak. Tengah baring. Dari semalam lagi sakit”, adik ku memberitahu ku. Aku mula rasa bimbang. “Entah salah makan apa. Angin kot sebu je perut ni tak mau hilang”, kata emak ketika telefon di tangannya. Walau pun sedang sakit tapi nak juga bercakap dengan anaknya ini. “Macam ni la mak. Nanti ambil segelas atau sebekas air dan letak atas meja makan ya. Agak-agak lebih kurang dalam 15 minit nanti mak minumlah air tu. Uda cuba buat penawar dari jauh ya. Kan Uda ada belajar nak ubat orang”, kata ku pula cuba mengyakinkan emak untuk buat seperti yang diminta. Selepas aku pasti air telah berada di meja makan maka aku pun terus membuat distance healing pada bekas air di rumah ku dengan niat untuk memulihkan dan penawar pada kesakitan pada ibu ku. Segala simbol yang diajar, aku cuba gunakan sebaik mungkin.Selepas hampir lebih setengah jam kemudian ibu menelefon ku dan katanya “ Alhamdulilah , dah rasa lega sikit perut ni. Mula sendawa dan buang-buang angin”.....

Master Nurul

No comments: