UNTUK HARI INI, KU PADAMKAN API KEMARAHAN
Prinsip atau rukun merupakan tiang atau tunggak yang mendokong sesuatu perkara atau dasar. Tanpa mengikuti prinsip-prinsip yang telah ditentukan maka sukarlah untuk membentuk kejayaan seperti yang diinginkan umpama sebuah rumah yang tidak sempurna tiangnya.
‘Untuk hari ini, ku padamkan api kemarahan ku’, menjadi prinsip yang pertama dalam mendokong ilmu reiki ini. Mengapa? Mengapa jangan marah harus diutamakan dahulu berbanding yang lain-lainnya? Kerana sifat marah adalah merosakkan, kerana sifat marah adalah memusnahkan dan kerana sifat marah juga membuat sesorang hilang pertimbangan. Jadi mana mungkin dalam berkeadaan marah seseorang itu mahu melakukan rawatan..mana mungkin dalam keadaan marah seseorang itu mahu menyembuhkan...
Dahulunya sewaktu belum mendalami ilmu reiki ini, saya juga merupakan seorang yang cepat marah, cepat melenting dan cepat sensitif. Kalau ada yang tersilap atau salah pasti saya akan cepat marah dan keadaan ini membuatkan saya cepat berasa penat dan letih. Marah pun meletihkan rupanya. Tapi benar dan akibatnya kerja yang diharapkan tidak menjadi. Kini ada juga terjadi beberapa kejadian yang memungkinkan tercetusnya kemarahan, tetapi kini saya lebih tenang dan kerja lebih terurus, badan pun tidak berasa letih dan penat kerana marah, walaupun kadangkala meruntun jerih keringat dan kesabaran yang banyak. Apa yang saya ingin sampaikan disini adalah penting untuk kita mengawal marah dan emosi kita kerana ia hanya meletihkan dan kerja menjadi sia-sia sahaja. Kalau kita sabar dan berjaya mengawal diri, nescaya kita akan dapati yang susah pun menjadi senang, yang geram pun menjadi jenaka. Insyaallah.
Pantun Prinsip Pertama Senario Kerja :
Saya seorang berlatarbelakang jurutera
Bina membina itu kerja saya
Ramai pelanggan telah berjumpa
Kementerian P salah satunya
Projek S bermula awal tahun ini
Sayalah orangnya wakil company
Berjumpa pelanggan bertanya itu ini
Mereka tersenyum bangga nampak gigi
Lawatan dan mesyuarat tapak setiap bulan
Setiap kali persiapan saya tertekan
Semua kerja harus dibereskan
Menjaga pelanggan antara keperluan
Mula hanya kenderaan perlu disediakan
Kata mereka kalau boleh merc lah untuk lawatan
Tatkala selesai semua persiapan
Telefon berdering ‘Jangan lupa penginapan’
Kenderaan sudah, penginapan pun sudah
Dek kesuntukan masa badan terasa mengah
Telefon berdering lagi bikin hati gundah
Kena menjamu makan siang malam pulak dah!
Hari lawatan sudahlah tiba
Mesyuarat berlangsung tepat pada masanya
Dalam hati merasa lega
Perbentangan lancar puaskan semua
Dek kepuasan tamatlah segera
Ingatkan tugasan berakhir di sini sahaja
Rupanya permintaan asyik ada saja
Bawalah kami berjalan membeli belah kemana saja...
Letih dan resah mula dirasakan
Namun ku teruskan demi tugas yang diberikan
Kerana dalam hati telah kubingkiskan
Untuk hari ini, ku padamkan api kemarahan.....
Sekian.
No comments:
Post a Comment