Hari raya tahun itu merupakan hari raya pertama selepas aku tamat Reiki peringkat Master. Aku dan keluarga seperti tahun-tahun sebelumnya berkunjung ke rumah sanak saudara. Waktu itu kami berada di rumah Mak Lang ku, adik kepada arwah ayah ku. Turut sama ahli keluarga Mak Lang ku termasuklah anak menantu dan cucu-cucunya. Kuih-muih dan hidangan sungguh banyak sekali kerana Mak Lang memang terkenal dengan persiapan yang sungguh meriah atas mejanya setiap kali menjelang raya. Di keriuhan dan suasana gamat itu tiba-tiba sepupu ku, Abang Nasir berteriak “ Ros sesak nafas”. Kak Ros adalah isteri kepada Abang Nasir yang pernah keguguran anak kembar dan keadaan badannya memang agak lemah. Semua mata tertumpu pada abang Nasir dan mencari-cari mana Kak Ros. Rupanya Kak Ros dah terbaring di satu sudut rumah, Mak Lang dan beberapa yang lain ada di kelilingnya. Aku pun turut serta untuk melihat apa yang berlaku. Mereka cuba menggosok minyak angin panas pada dada Kak Ros. Kak Ros masih tercungap-cungap. Setelah seketika, aku menghampirinya tatkala orang lain mula tidak perasan sangat. Aku letakkan tangan ku ke dadanya sambil berlagak biasa seolah-olah turut nak menggosok dadanya. Padahal aku ingin alirkan Reiki pada masa itu dan itu yang aku lakukan. Waktu itu aku malaslah nak cakap aku belajar Reiki dan aku boleh cuba ubatkan. Macam-macam soalan pula nanti aku yang malu kalau tak ada perubahan (kata ku dalam hati waktu itulah). Sambil ku letak tangan aku niat alirkan tenaga bagi menyembuhkan segala yang tersangkut-sangkut menyebabkan dia sukar bernafas. Tiba-tiba Kak Ros bernafas dengan perlahan semula dan tersenyum pada ku. Perlahan-lahan dipapah bangun dan Mak Lang segera memberikan Kak Ros air untuk diminum. Perlahan-lahan aku berundur dan ku lihat mak tersenyum di belakang ku...Emak faham. Kak Ros juga tahu.. Aku senyum dan bersyukur...
p/s: untuk Kak Ros, hati-hati menjamu selera di hari raya ye..hehe..
No comments:
Post a Comment