Tanggal 08092007 hari ni boleh jadi catatan sejarah dalam hidup aku ni..Pagi lagi aku dah turun ke site sepertimana arahan boss walaupun sebenarnya hari ni public holiday di bumi kenyalang tapi sebenarnya aku sudah ada pelan bagus punya selepas itu.. Nak ke Serikin! Wah..apa tu? Sebenarnya Serikin adalah kawasan sempadan yang agak terkenal di bumi kenyalang ni. Orang berbondong-bondong pergi untuk beli barang2. Murah katanya. Almaklumlah dari Indon.. maka selepas buat apa yang patut di site, aku pun bergerak lah menuju Serikin yang agak jauh dan kira2 satu jam setengah driving. Bersama2 aku ialah teman sekerja dan ibunya yang aku singgah ambil di rumah mereka. Maka kami 3 beranak pun pergilah dengan penuh semangatnya. "Makcik taknak beli apa pun..nak cari telekung je buat solat terawikh nanti", kata ibu Ida. "Kat situ ada macam2..dan murah2..beli lah sampai penuh satu kereta nanti..kereta ni kan besar", tambahnya lagi. Aku tersenyum sahaja.Mentang2lah aku tengah drive triton mitsubishi ni perli ya..hehe..
Setelah sekian lama memandu maka tibalah kami di kawasan berdekatan Serikin..mak ai..terkejut besar kami di buatnya.. jem bukan main lagi..kereta sungguh panjang dan kelihatan beberapa buah kereta telah berpatah balik. Aik apa sudah jadi ni? teruk sangat ke? Kemudian kami nampak ramai beberapa orang berjalan kaki ke arah berlawanan..bawa barang2 yang baru dibeli. Kami pun bertanyalah pada mereka apa yang jadi kat depan dan jauh lagi kah..kata mereka "Jauh dik..jauh lagi dan kereta tak bergerak. Kami pun dah berjalan kaki sejam agaknya". Haa? sejam jalan kaki dan tak sampai2 balik lagi. Memang jauhle dan patutlah banyak kereta berpatah balik. Aku berpaling dan bertanya " Jadi macam mana ni? Nak patah balik ke nak tunggu?" , waktu itu jam sudah pukul 11.45pagi..aku agak gelisah kerana ada appoinment pada pukul 4 petang itu. Ish sempat balik ke tidak ni..Ibu Ida menjawab "makcik tak kira. Alang2 dah datang ni..kita pergi jugak. Makcik nak beli telekung jugak".
wah..determine nya makcik ni..aku diam saja..sebab reasonnya sungguhlah aku tak boleh tentang..beli telekung untuk solat kan...tapi dalam hati ni gusar sekali..sempat tak nak balik sebelum pukul 4 ni.. lalu rakan ku mencelah" oklah..kita tunggu sampai pukul 12.30pm kalau tak sampai jugak kita balik..". Semua setuju. Maka akhirnya kami sempat sampai kawasan berdekatan dan park kereta...Korang ingat dekat? Kami pun ingat dekat...hampir setengah jam kami terpaksa berjalan kaki tau dan akhirnya baru sampai ke tempat yang dituju..
Wah..dahsyat betul Serikin ni..bas ber bas bas yang datang..kereta jangan cakaplah...ribuan agaknya..mana tak jam teruk..Akhirnya ibu ida dapatlah membeli telekung yang dihajatinya tambah dengan kain langsir dan 5 biji bantal kecil.Ha ambik kau..hehehe...aku jugak yang tak dapat beli yang dihajati kerana terlalu berat dan jauh untuk bawa berjalan ke kereta... tak mengapalah..melihat ibu ida yang kuat semangatnya dan tercapai hasratnya pun sudah cukup...lebih mengkagumkan lagi, ibu ida ni baru sahaja baik dari sakit kaki.. tapi nekad dan semangat juang yang tinggi maka sampai jugak ke Serikin walau terpaksa berjalan jauh...bagi ku..hebat sungguh penangan Serikin ni...tapi jika disuruh lagi berbuat demikian...hehe ampun taknak!...
No comments:
Post a Comment