Wednesday, 19 September 2007

Pengenalan (part 1)

Salam semua pembaca..pada sesiapa juga..yang baru mengenali saya adalah seorang yang berlatarkan teknikal dan kejuruteraan.Bekerja sepenuh masa tetapi diringkaskan cerita amat berminat dalam ilmu-ilmu perubatan alternatif dan telah mendalami salah satu cabang iaitu reiki. Reiki merupakan teknik penyembuhan menggunakan tenaga alam yang berupaya memberi ketenangan dan menghilangkan stress di samping menyembuhkan. Teknik ini adalah dengan mengalirkan tenaga atau energi pada badan pesakit yang biasanya menggunakan teknik sentuhan pada bahagian atau chakra2 badan. Mungkin anda boleh banyak membaca mengenai reiki ini dalam internet mahupun buku2 yang ada di kedai2 buku.. namun mendalaminya dan mengalaminya sendiri adalah sesuatu perkara dan pengalaman unik dan menarik pernah saya alami.

Saya kini telah pun melepasi peringkat Master dalam peringkat pembelajaran reiki dan secara sampingan melakukan penyembuhan atau rawatan atas permintaan dari pesakit dan sesiapa yang inginkan rawatan dengan kos yang bersesuaian. Bukanlah atas kuasa saya untuk menyembuhkan, hanya tukang yang mengalirkan energi ke badan pasakit , dan hanya Dia sahajalah yang Maha Menyembuhkan..namun kita perlu berusaha dan berikhtiar kan?

(bersambung)

No comments: