Wednesday, 19 September 2007

Reiki dan Kamal

Senario 1
Mohd.Kamal Hisham, itulah satu-satunya anak saudara lelaki ku. Kini berumur mencecah 11 tahun berada di dalam darjah lima. Kamal, yang beza jarak umur 7 tahun dengan adik perempuannya memang seorang yang lurus, kata orang skema. Apa saja yang kita kata mesti dia akan anggap serius dan benar. Dia juga seorang yang gemar berada dalam dunianya sendiri seperti bermain play station atau berlawan-lawan seorang diri tapi seolah-olah berlawan dengan penjahat seperti dalam siri power rangers atau transformer tu. Itulah Kamal , kurang lasak fizikal tapi kuat berimaginasi. Aku dalam diam telah melakukan attunement Reiki padanya dan aku katakan padanya, “ Kalau Mal sakit ke, pening ke atau takut, letak ke tangan Mal kat tempat tu dan cakap Insyaallah baik atau buat macam buang sakit jauh-jauh”. Sambil aku tunjukkan bagaimana menjemput dan membuang sakit. “Betul ke Mak Ngah? Magic ke? Boleh baik ke?”, tanya Kamal yang sudah semestinya macam percaya tak percaya saja. Aku cuma mengiyakan sahaja sambil tersenyum melihat telatahnya. Satu hari kira-kira beberapa bulan selepas peristiwa itu, Kamal yang baru saja habiskan peperiksaan pertengahan tahun di sekolah berkata pada ku “ Mak Ngah, betullah Mak Ngah cakap. Mal cuba buat jadi..”, bersungguh-sungguh bunyinya. “Jadi apa?”,tanyaku padanya. “ Ala yang Mak Ngah suruh Mal buat tu la kalau sakit letak tangan lepas tu nge nge nge”, kata Kamal sambil meletakkan tangan di perutnya dan membuat pusaran siap bunyi nge nge nge lagi. “Tadi masa Mal periksa, Mal tak tahan sakit perut. Nak keluar tak habis jawab lagi. Malu jugak.Lepas tu Mal ingat Mak Ngah cakap , Mal cubala letak tangan di perut dan kata sabar , jangan sakit.Tunggu habis periksa. Jadiii...lepas tu tak rasa sakit dah. Habis periksa baru Mal keluar”, terangnya dengan sungguh girang. Wah..bukan main terkejut aku dibuatnya. Tak sangka pulak masuk juga dalam kepala budak ni dan dia ingat apa yang aku cakap padanya. Mak Ngahnya pun turut berbanggalah dengan Kamal.


Senario 2
“Hari tu Mak Ngah dah transfer power Mak Ngah kat Mal sikitkan?”, tiba-tiba Kamal bertanya pada suatu hari selepas beberapa bulan peristiwa peperiksaannya. “Kenapa?”, tanyaku kembali. Dalam hati ku berkata ni mesti ada perkara baru yang dialaminya. “Hari tu kan tangan kawan Mal tersepit. Dia sakit dan tangannya lebam. Lepas tu Mal cubalah pegang tangan dia dan cakap hilang sakit...hilang sakit..lepas tu kawan Mal cakap..eh Kamal dah tak sakitla..terror la kau..”, Kamal bercerita padaku. Apalagi yang mampu ku katakan. Aku amat berbangga sekali. Berbunga-bunga hati ini. Aku puas. Aku kagum dengannya yang ingin mencuba. Dan semenjak itu jugalah kalau dia sakit memanjang asyik suruh aku letakkan tangan dan berkata nge nge nge....

No comments: