Salam Rabiul Awal.. Salam Kelahiran.. jua Salam Kewafatan...
Bila tiba hari ini pasti masjid-masjid dan surau-surau mengadakan ceramah dan tazkirah bagi mengenangkan satu-satunya manusia agung yang pernah hadir di dunia ini. Dunia yang sama kita bernafas..dunia yang sama kita mencari rezeki...dunia yang sama kita memohon segala keberkatan...
Namun pastinya suasana agak berbeda..pastinya dugaan dan cobaan terlalu jauh lebih hebat dari kita yang begitu tipis keimanan dan sering mengeluh dgn ujian kecil. Manusia agung ini terlalu banyak kecintaannya..terlalu banyak jasa dan keringatnya.... tercurah untuk kita...untuk umatnya... hingga saat kematian masih lagi memikirkan nasib umatnya.
Amat hiba sekali tatkala membaca dan mengenang saat kewafatannya... hingga beberapa kali diulang dengari kisah itu masih jua tersentuh di hati. Apakah agaknya rasa dan gelora di hati mereka yang bersamanya ketika itu? Abu Bakar teman setia..Fatimah anak tersayang... dan lain-lain yang hadir.. sudah pasti menuntun jiwa saat melihat keberangkatan kembalinya baginda kepadaNya... kepada kekasih yang Maha Pengasih... Maha Hebat...lalu apa untungnya kita menunjuk2 kehebatan cinta sesama kita hanya sekadar membeli bunga ros yang mahal harganya dan merelakan diri menjadi ikut-ikutan budaya asing... dapatkah kita menandingi kasihnya Rasullullah S.A.W.?
Mengenang kelahiran...terlalu banyak untuk disyukurkan...mengenang kewafatan...sungguh pilu dan sebak hati ini...Keberangkatan baginda sudah pasti ada tempatnya... keberangkatan kita nanti? bagaimana? di mana tempat kita? cukupkah kasih kita mengasihi untuk menerima kasih?
Apapun, di hari mulia dan diraikan ini...bersamalah terus memanjatkan kesyukuran dan memberi puji-pujian pada yang diraikan... Moga kita semua senantiasa diberkati dan dirahmati dengan segala kebaikan dunia dan akhirat.
Monday, 14 February 2011
Wednesday, 9 February 2011
Terima Kasih Ku
Syukur ku ke hadrat Nya.. atas segala yang aku alami, atas segala yang aku rasai, atas segala yang aku dengari dan atas segala-galanya. Mungkin tidak cukup detik dan masa sehari, untuk aku terus mensyukuri kerana segala nikmat, segala yang tersedia, tiada galang lawannya. Namun keterbatasan diri, atas dasar manusia alpa, adakalanya detik dan masa sehari terbuang begitu saja tanpa rasa syukur, tanpa rasa terhubung...
Hari ini ingin ku luahkan rasa syukur ku terutamanya kerana dikurniakan sahabat si sekeliling ku yang rata2nya cukup istimewa..cukup hebat.. lantaran aku sedikit malu kiranya tingkah diri tidak cukup untuk menyaingi dan tidak cukup untuk memberi semula atas kehebatan mereka ini.
Sesungguhnya kita tidak tahu erti sebuah persahabatan tanpa ada acara yang mencuit hati dan ingatan. Kita tidak akan tahu erti budi seorang sahabat kiranya kita tidak menerima budi itu sendiri... namun apakah harus kita menunggu untuk mendapat budi untuk diberi budi itu? Apakah sememangnya kita layak menerima segala kebaikan ini atas apa yang kita lakukan seharian? Pertanyaan demi pertanyaan.. sungguh kasih sayangNya melampaui segala.
Yang ku pelajari.. hati budi seseorang itu adakalanya boleh melampaui jangkaan diri sendiri.. hingga terfana rasanya diri ini atas segala pengorbanan, atas segala kesanggupan seseorang boleh lakukan atas insan lain hanya atas nama sebuah persahabatan dan kepercayaan. Rasa melimpah segala kasihNya melaluinya... rasa kerdil atas limpahan budinya... rasa acara ini tidak harus dipersia..kepercayaan harus dijayakan dan dilaksana sempurna.. kini kekuatan harus membentengi diri.. untuk menerus acara dari limpahan dia untuk terus mara..
Dia beri melalui dia... Dia menampakkan aku menerusi dia.. aku longlai cuba membendung rasa.. apalagi alasan ku..apalagi daya ku.. Dia Maha Hebat... dia ku hormat... ku muliakan di mata ini... dia ada istimewanya.... Ku terus mensyukuri.. ku mohon agar tiada tersasar diri ...
Syukur padaMu... terima kasih ku padanya....

Monday, 31 January 2011
Reiki
Salam.
Sejak awal tahun, lama pulak rasanya tak menulis di sini. Saya perasan ramai yang melawat blog ini pada artikel majalah MIDI. Artikel yang berkenaan dgn terapi Reiki yang saya tekankan tentang rawatan atau terapi bagi stress. Atau mungkinkah saya yang perasan sebab sebenarnya mungkin orang tertarik pada Majalah MIDI itu sendiri hehe.. tak kisahlah apa pun ianya telah menarik mereka untuk singgah sebentar di sini.
Buat yang masih baru atau pertama kali mendengar tentang Reiki, saya ceritakan serba sedikit di sini. Reiki merupakan salah satu cabang dalam terapi komplementari, yang asalnya dipraktikan di Jepun setelah dipercayai ditemui semula oleh Dr.Mikao Usui. Dari Jepun ianya berkembang kemudiannya ke Eropah dan kini hampir seluruh dunia mengetahui dan mengaplikasikan teknik penyembuhan ini.
Reiki itu sendiri bermaksud REI - semulajadi , KI- tenaga (atau chi- dlm bahasa cina, kudrah-dlm Islam, prana - dalam Sanskrit dan sebagainya). Keseluruhan maksud membawa erti Teknik atau Kaedah Terapi Reiki adalah dengan Tenaga Alam Semulajadi.
Kaedah Terapi Reiki adalah mudah dan selamat untuk semua golongan. Ianya secara konsepsual adalah dengan mengalirkan tenaga penyembuhan alam oleh juruterapi Reiki kepada tubuh pesakit. Ini boleh dilakukan dengan cara berbaring, duduk mahupun secara jarak jauh.
Pesakit hanya perlu berbaring atau duduk dengan tenang sambil cuba mengamati tenaga penyembuhan ini. Biasanya juruterapi akan alirkan tenaga penyembuhan ini dengan cara sentuhan tangan iaitu meletakkan tangan kepada posisi-posisi tertentu tubuh selama beberapa minit bagi setiap posisi. Pesakit pada kebiasaannya akan mula merasai kehadiran tenaga ini dengan pelbagai sensasi bergantung pada deria rasa masing-masing. Ada yang merasakan seolah-olah seperti tenaga magnet mengililingi tubuh, ada yang merasakan sedikit kepanasan atau haba pada bahagian-bahagian tertentu, dan ada juga yang dapat merasakan suasana yang sejuk atau dingin pada tubuh mereka. Ini tidak terbatas pada rasa panas sejuk atau seperti magnet sahaja, kerana pelbagai sensasi lain yang pesakit berkemungkinan dapat merasainya atau mungkin juga tidak merasa apa-apa. Namun, jika tidak merasa apa-apa bukanlah bererti sesi tersebut gagal atau tidak ada peyembuhan berlaku, kerana ini semua bergantung pada deria sensasi masing-masing. Tenaga tetap dialirkan sama ada secara anda sedar atau tidak kehadirannya.
Pengaliran tenaga positif ini akan mula bertindak balas dengan sistem tubuh anda, dan mula menghambat atau memecah segala kekangan atau 'blockage' yang ada pada aliran tenaga anda. Anda akan mula merasa perubahan dari masa ke masa dan sekiranya perlu, ulangan sesi terapi boleh dilakukan untuk pembersihan tubuh atau mempertenagakannya semula dengan lebih efektif.
Penyembuhan juga berlaku pada setiap tingkatan tubuh merangkumi minda, kerohanian, emosi dan juga fizikal. Seharusnya anda akan lebih positif, lebih bertenaga, lebih tenang, lebih mensyukuri persekitaran anda, lebih fokus, dan pelbagai lagi perubahan positif yang boleh berlaku.
Tempahlah sesi rawatan anda dan rasakan pengalaman Reiki hari ini!

Wednesday, 12 January 2011
ceritera 11.1.11
Alhamdulilah tahun ini bakal menyaksikan perjalanan saya yang akan lebih aktif dan bakal ke sana dan ke mari kerana tuntutan kerja. Kini bersiaran dari Bintulu. Setibanya dari KL smlm, terus kesibukan perlu menyelesaikan beberapa perkara utk agenda lawatan ke tapak bina dari pihak client. Tapak bina adalah beberapa blok tambahan sekolah.
Pun begitu , tidak semua pelajar mengalami nasib bertuah seperti sekolah di kawasan bandar. Masih ada sekolah di luar bandar yang memerlukan pihak pelajar dalam usia muda seawal umur 7 tahun untuk tinggal di asrama kerana lokasi dan kekurangan pelajar. Dan saya diberitakan, ada malam-malam yang pihak guru dan murid sama-sama menangis dan bersedih kerana pelajar yang masih muda ini terkenangkan keluarga masing-masing. Bayangkan adik-adik dan anak-anak kita di usia 7 tahun sudah berpisah dan mengharungi hidup berdikari sendirian bersama rakan-rakan. Dan oleh sebab ini juga ramai yang tidak meneruskan pelajaran.. sungguh tersentuh atas cerita yang diberitakan dari guru-guru ini.
Kemudian tiba waktu lawatan dari tetamu VIP yang ditunggu-tunggu. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Semua berpuas hati dan senyum sepanjang waktu itu.. Syukur ke HadratNya....
Setelah semuanya selesai, tibalah masa untuk berangkat ke Kuching. Malangnya diberitakan semua penerbangan dibatalkan akibat airport Kuching ditutup atas sebab berlaku kemalangan, Kapal Terbang Air Asia tergelincir ketika melakukan pendaratan pada malam sebelumnya. Syukur tiada kemalangan jiwa cuma beberapa kes kecederaan ringan sahaja.
Tuesday, 4 January 2011
Monolog 2011
Alhamdulillah.. 2010 selamat berlabuh...2011 mula mengangkat sauh ... 'kick off' yang penuh tenaga positif bagi diri ini. Bermula dengan perjalanan pulang ke kampung sambil menyedut udara nyaman dari pokok-pokok dan sawah padi yang menghijau. Bersama hembusan ku cuba untuk mengeluarkan yang batil dan menyedut yang positif , bersih lagi menyegarkan. Moga diri ini men'discharge'kan tenaga yg tidak sihat yang tak diperlukan... semoga diri ini lebih bertenaga dan kekal positif. Semoga kepergian ini tak sia-sia.
Sekembali ke ibu kota, seawal permulaan kalendar Januari.. kalendar bekerja mula berdetik dan terus rancak bergerak. Sederetan senarai kemahuan hati dlm wish list yg ditintakan , begitu jua langkah mula mengorak seiring. Ya Allah moga tahun ini lebih baraqah dan bermakna segala pengisian dan tuturcara. Insyaallah its gonna be a great year yeah! Itu kata hati.
Teruskan percaya itu. Teruskan pencarian itu. Teruskan kesabaran itu. Suatu hari kan dtg pemahaman itu. Rasa itu. Pengalaman itu. Bagai ingin dilaungkan... bagai ingin dicanangkan... agar sama2 dpt beramal bersama ilmu yang ada...apakah mereka mendengar? apakah mereka mahu? apalagi ikhlas hati? Diri kan tetap tekun..janji pada diri.....
2011... salam sayangku..sambut hadir ku...dalam hadir mu...

Thursday, 30 December 2010
2011 Goals!!!
Tinggal satu hari lagi kita akan berada di ambang tahun baru. Baru sahaja beberapa hari lalu di bulan sama kita menyambut Maal Hijrah.. kini pastinya ramai telah bersiap sedia dengan keazaman dan niat baru sempena menempuh tahun yang bakal menjelang tiba.
Bagi yang belum, masih belum terlambat untuk anda renungkan sejenak, fikirkan sejenak ... apa yang mahu anda capai dan tempuhi pada 2011 ini. Mungkin ada yang tak berapa nak tahu mcm mana atau apa yang patut di tulis... di sini saya letak sediit panduan , moga-moga dapat sama-sama membantu.
1. Matlamat
- biasanya untuk permulaan perlu disetkan atau ditetapka matlamat apa yang ingin kita capai
- matlamat biasanya secara umum boleh di bahagi kepada kesihatan, kekayaan / kesenangan, dan perhubungan.
Kesihatan : catatkan dari segi kesihatan apa yang ingin anda capai, tentang penyakit yg dihadapi kah, tentang tabiat tertentu kah atau apa saja..
Kekayaan (wealth) : biasanya menceritakan tentang pendapatan (income), hutang, strategi kewangan, kenaikan gaji, bonus dan lain-lain.
Perhubungan : Perhubungan ini harus ditekankan pada diri sendiri dahulu. Hubungan anda dan diri anda. Org yang bagaimana yg anda hendak jadi atau tonjolkan pada tahun hadapan. Seorang yang serius, kelakar, bijaksana atau bagaimana?
Selain dari 3 perkara utama di atas , anda juga boleh menceritakan atau menuli tentang perkara-perkara lain yang begitu dekat dengan kehidupan seharian anda.
1) Kerjaya / Bisnes : mahukan kenaikan pangkat/gaji? target atau matlamat untuk perniagaan anda dan sebagainya.
2) Spiritual /kerohanian : Biasanya org yang tinggi kerohaniannya akan kurang stress dan lebih bahagia. Jadi anda boleh jugak catatkan kemahuan anda untuk jadi insan yang lebih patuh dan taat pada Tuhan dan agama dan sebagainya.
3) Kebajikan : Perlu juga kita sering mengingati mereka yang kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan bantuan dari kita. Oleh itu set kan matlamat anda untuk cuba berbuat sedikit kebajikan (jika banyak lebih baik) untuk kita lebih mensyukuri segala nikmat yang ada.
4) Pengalaman : Anda boleh jugak tulis mengenai pengalaman bagaimana anda ingin lalui di tahun yang akan datang ini. atau apa perkara yang ingin anda miliki. Pengalaman dari segi berkayak kah. melancong, rock climbing kah, menulis buku atau pelbagai lagi perkara-perkara yang belum anda buat dan rasai pengalaman tersebut. Tulis dan catatkan.
5) Legacy /Kebanggaan : Anda mahu orang ingati anda bagaimana? seorang yang dermawan kah? pemarah kah? Aktif dalam kebajikan kah atau bagaimana? Nyatakan dan letakkan ia sbg salah satu matlamat anda.
Faktor Penting:
1) Sistem Kepercayaan & Habit
- anda perlu percaya pada apa yang anda tulis. percaya yang anda berhak untuk mendapatkan semua itu dan anda perlu bersedia untuk menerimanya pada bila-bila masa sahaja.
2) Tarikh Penentu
- anda boleh gariskan tarikh tertentu untuk anda menerima perkara tersebut berlaku. Namun anda perlu berlaku adil pada diri sendiri. Jika pada tarikh pertama tidak dpt mencapai, gariskan untuk tarikh ke dua dan ketiga. Cuba untuk mencapai target anda pada tarikh2 yang telah anda tentukan. Apabila anda berjaya, anda akan rasa hebat sekali. Hebatkan bial menjadi seorang juara? Anda juara bila anda dpt mencapai target pada tarikh yang anda sendiri tetapkan!
3) Strategi & taktik
- setelah meletakan target dan sasaran, berusahalah dgn cara yang dpt mendorong anda mendapatkannya. Anda tidak bolehlah lalai dan menyerahkan pada takdir semata. Walau pun sedikit, pastikan usaha anda itu mendekati matlamat anda tiap hari. Yang penting anda buat, daripada langsung tidak peduli.
Moga sedikit sebanyak dapat membantu anda di luar sana untuk mencapai matlamat dan hajat masing-masing dalam menempuh tahun baru yang pastinya menjanjikan pelbagai pengalaman.
SELAMAT TAHUN BARU 2011 !!!!
Friday, 17 December 2010
Magika 10
Salam Asyura .. semalam asyura datang lagi .. pelbagai fakta dan sejarah boleh kita hayati mengenai kehadiran dan kemuliaan asyura itu sendiri. Ada yang kata bidaah, ada yang kata ikutan syiah. Apa pun , jika pengisiannya penuh dengan aktiviti keagamaan, kerohanian, keinsafan, dan ke arah memperbaiki diri, bukankah sewajarnya kita harus bersyukur menkmati dan menghayatinya... Bukan ikutan yang perlu kita pertikaikan.. tapi pengisian dalam mengajak semua ke arah Nya... lebih mendekatiNya.. berbanding perkara-perkara lagho lain yang bebas lepas berleluasa di hadapan mata.
Masyarakat kita mmg telah terdidik untuk sensitif pada perkara yang boleh memesongkan aqidah dan memporakan pegangan. Namun suasana ini mungkin boleh lebih diperbaiki dengan lebih menterjemah ketakbolehan akan sesuatu.. larangan dan ikutan yang memungkinkan kemungkaran..ilmu adn cahaya adalah perlu dlm setiap yang diusahakan dan bagi masyarakat sendiri perlu lebih mencari ilmu itu daripada hanya duduk diam memerhati dan melatah.
Apa pun antara kebaikan , antara perkara , antara sejarah yang dikatakan terbit pada Asyura ini ialah :
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Petikan dari blog : http://mastershifoo.wordpress.com/
TANPA ALAM.. TIADALAH “PENGHUNI ALAM”
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
TANPA RAHMAT.. TIADALAH “RAHMATAN LIL ALLAMIN”
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
TIADA HUJAN.. TIADALAH KITARAN KEHIDUPAN ALAM
Allah menjadikan ‘Arasy.
TIADA ARASY.. TIADALAH LANGIT DUNIA YANG MELINDUNGI
Nabi Adam a.s. dicipta.
TIADA ADAM… TIADALAH “KETURUNAN ADAM”… yakni MANUSIA!!!
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Dan pelbagai lagi keajaiban yang boleh kita hayati....
Namun bagi aku sendiri, kehadiran10Muharram semalam dgn suasana cuaca yang cool, tenang , sejuk seharian, amatlah penuh dgn magiknya tersendiri. Bermula dari malam hari mata ini mmg tidak mau lelap , apatah lagi nyenyak tidur hingga ke pagi. Pagi yang tenang , bermula dgn segala urusan dipemudahkan dan titik tolak itu satu persatu perkhabaran gembira diterima... hingga ke malam yang merungkaikan segala cerita yang kusut selama ini.
Sungguh aku begitu insaf, aku takut dan syukur atas hari yang aku lalui...entah bagaimana aku ingin ungkapkan rasa yg aku rasa semalam.. dan aku nekad utk beberapa perkara yang perlukan perubahan , akan ku ubah serta merta... full stop..tiada lagi alasan utk aku tidak melaksanakannya..telah Dia sentuh, telah Dia tunjuk. telah Dia beri.. apa lagi yang harus aku tidak mahu buat utk Dia... Ampunkanlah segala kelalaian dan kelekaan selama ini... aku ingin hari ini lebih baik dari semlam...dan esok, lebih berkat drpada hari ini...Semoga aku sentiasa dalam kasih sayangNya....

Subscribe to:
Posts (Atom)