Tuesday, 26 February 2008

My Wish List

Salam ceria! Hari ini saya nak kongsi mengenai my wish list! Wish list ni sebenarnya satu senarai yang saya buat mengenai segala impian dan kehendak saya. Saya masih ingat saya mula membuat senarai segala impian dan kehendak saya ini secara detail dan serius pada tahun 2006. Sebelumnya mungkin ada juga impian yang saya angan2kan namun tidak dicatatkan secara bertulis dan direkodkan. Setahun selepas 2006, bila saya mula melihat kembali pada senarai yang saya buat, wah alangkah terkejutnya kerana banyak yang telah saya capai dan secara tak sedar ianya banyak membantu dalam memenuhi segala kehendak saya. Walaupun pada benda atau perkara yang besar yang tidak disangka akan dapat dicapai!

Sebelum secara detail mengenai wish list, pasti ramai kala ini dah mengetahui mengenai LOA atau Law of Attraction.Bagaimana hukum alam bertindak balas atau respon pada vibrasi atau apa saja yang dipantulkan oleh minda dan pemikiran kita sama ada secara kita sedar atau tidak. Kadang2 kita hanya observe tanpa memikirkan secara serius, pun ianya akan berupaya menarik segala apa yg kita pantulkan sama ada sedar atau tidak, sama ada ianya negatif atau positif.

Observation atau pemerhatian / lintasan
pemikiran (negatif atau positif)



Semasa memerhati/memikir vibrasi dihantar
sama ada negatif atau positif



Law of Attraction respon pada vibrasi
(sama ada negatif /positif)



Keputusan , anda akan perolehi apa
yang sering digetarkan / divibrasikan
sama ada negative /positif



Jadi, anda perlulah berhati2 dalam menghantar vibrasi anda untuk direalisasikan. Saya merasakan dengan cara menulis segala apa yang anda inginkan akan lebih membantu kerana perkataan akan dapat membantu menghasilkan perasaan. Oleh itu amatlah penting untuk memilih perkataan yang ingin dipantulkan atau diterima. Selain wish list , ada juga yang menggunakan teknik afirmasi. Tapi kadang2 ramai yang merungut kerana teknik ini gagal atau lambat menghasilkan apa yang diingini. Ini adalah kerana kadang2 perkataan yang dipilih atau digunakan menghasilkan perasaan yang negatif atau kecewa.

Sebagai contoh, 'saya ahli perniagaan berjaya' tapi bila anda membuka beg duit anda yang kekurangan wang tika itu, maka perasaan negatif mula timbul.

Contoh lain , 'Hubungan keluarga saya harmoni' , tapi hakikatnya tidak begitu maka akan timbul rasa konflik dan negatif dalam diri.

Jadi apa yg perlulah adalah untuk menukar perkataan2 anda ke arah yang lebih mendatangkan perasaan yang positif dalam diri bila anda memikirkannya.

"Saya dalam proses menjadi seorg usahawan berjaya"
"Hubungan keluarga saya dalam proses menjadi lebih harmoni'

Jadi yang penting di sini adalah pemilihan perkataan yang betul bagi menghasilkan perasaan yang positif bagi menggetarkan vibrasi yang positif selalu apabila anda memikirkan atau menatap senarai yang anda buat.

Sebagai membantu , anda bolehlah senaraikan atau kenalpasti dulu apa yang anda tidak sukai dan kemudian tukarkan pada apa yang anda inginkan. Ini kerana kita selalu dan lebih mudah menyatakan tentang apa yang kita tidak sukai dan puas hati berbanding untuk mengenalpasti kehendak kita sendiri. Anda boleh buat ikut kategori yang anda kehendaki seperti hal kewangan, hubungan, pekerjaan dan pelbagai lagi.

Berikut adalah antara senarai yang saya sendiri sukai bagi membantu faktor kewangan.

Perkara yang tidak saya sukai :
1) Tidak cukup wang
2) Selalu ada bil untuk dibayar
3) Buntu untuk dapat wang
4) Selalu tak mampu beli apa yg diingini
5) Wang selalu habis
6) Saya tak pernah menang apa2 pun
7) Saya selalu dapat jumlah wang yang sama tiap bulan
8) Saya selalu strugle nak bayar sewa rumah
9) Famili saya selalu susah nak dapat wang
10) Isu wang buat saya stress

Makanya saya suka tukar perkara di atas kepada ini :
1) Wang yang banyak
2) Bil senang dan cepat dibayar
3) Saya selalu ada punca kepada wang
4) Saya selalu ada wang yg cukup utk membeli apa saja yg saya hajati
5) Wang sentiasa ada dan datang dari sumber yang pelbagai
6) Saya selalu menang hadiah, terima pemberian dan banyak barang percuma
7) Setiap bulan wang yang saya terima akan meningkat dari sumber yang saya ketahui dan tidak ketahui secara halal dan barakah.
8) Sewa rumah senang dibayar kerana saya sentiasa ada wang
9) Wang sentiasa senang datang pada saya
10) Wang dan saya memliki hubungan yang erat dan buat saya gembira


Nah bagaimana? ini baru satu isu mengenai kewangan. Anda bolehlah buat senarai bagi isu2 yang lain atau hanya satu senarai bagi semua isu da mungkin tidak perlu perincian seperti di atas bagi sesuatu isu. Terpulang pada anda asalkan segala apa yang anda senaraikan mendatangkan dan menghasilkan perasaan yang bagus dan positif.

Setelah itu, senarai ini hendaklah anda beri perhatian , energizekan (beri tenaga -pada yang belajar reiki sudah pasti anda tahu bagaimana ) , dan fokus pada apa yang telah anda senaraikan. Dengan sentiasa memberi perhatian akan sentiasa memberikan rasa atau perasaan yang positif maka akan lebih keraplah vibrasi positif anda getarkan.

Selamat menulis!

Monday, 18 February 2008

Me Like It !!

Ini adalah posting syok sendiri...misi melayan mata mangantuk sambil buat visualisation ...visualisation eh?? wahhhahahaha......

Sunday, 17 February 2008

Being Smart or Try To Be Smart?



Salam cerdik pandai buat semua....

Mmm agaknya semua sedang mempersiapkan baju2 untuk hari baru esok..Isnin lah katakan... Hujung minggu saya kali ini agak berbeza suasananya kerana sekali lagi terpaksa spend masa di Kuching.. sudah seminggu di sini mungkin bertemu hujung minggu berikutnya baru berangkat pulang.

Dalam ketenangan melewati hari ahad ini sambil merihatkan minda, fizikal dan emosi tiba2 ada sesuatu yang mengganggu di benak ini. Sambil termenung dan berfikir tatkala membaca sebuah entry dan respon yang diberi dari sebuah blog.

Sebenarnya masih ramai daripada kita ini yang bijak pandai tapi masih tidak pandai menilai dan menyalurkan kepandaian itu dgn keadaan dan situasi yang betul. Kadang2 rasanya mcm dah pandai dan layak untuk berkata2 dgn ayat2 yang bombastik ...tapi sayangnya pada lembaran yang tidak kena, pada org yang tidak memerlukan..pada isu yang tiada havoc nya.

Dan apabila situasi sebenar cuba diterang, dikatakan pula org itu tidak boleh menerima kritikan atau nasihat..mmm saya hairan..kenapa tidak saja meneliti semua detail dan senario keseluruhan...kdg2 teguran tak bertempat hanya mengeruhkan keadaan..makanya itulah yang terjadi jika kita cuba berlagak pandai daripada menjadi pandai dalam dan arif mengenai perkara itu sendiri.

Kadang2 niatnya itu ikhlas tapi menegur dan menasihati pada yang tidak memerlukan. So mcm mana nak menangani masalah seperti ini? Memanglah tak salah menasihati dgn ikhlasnya tapi nasihat yang salah..pendek kata tak klik langsung dgn isu. Bila dijelaskan kata org sensitif, org tak boleh terima teguran dan pelbagai lagi. Seharusnya sebelum kita menjadi atau cuba menjadi pandai ni kenalah kita pandai menilai dan membaca karektor seseorang.. perlu atau tidak memandai2 atau cukup sekadar memerhati..

Ada juga yang cuba menunjuk pandai dgn terlalu menonjolkan diri hingga menimbulkan rasa jengkel pada sesetengah pihak. Bercakap dgn kuat2, bertindak dgn koordinasi yang tidak sepatutnya.....cuba menjadi berbeza ..namun kelihatan janggal dan tidak fit atau bertepatan dgn keadaan. Ada yang tidak berniat untuk menimbulkan rasa kurang senang pada yang lain, tapi ia terjadi kerana bertindak tanpa berfikir.

Pada mereka ini sebenarnya selalunya isu kecil diperbesarkan, isu besar buat2 tak nampak kerana cuba menjadi pandai dgn secebis ilmu tanpa menjadi pandai dan menguasai ilmu itu sendiri...Kepada mereka ini termasuk saya sendiri sebagai peringatan, cubalah utk bersikap terbuka.. tak perlu untuk menunjuk2an kepandaian kerana pandainya kita secara auto akan direflex melalui tindakan dan respon kita terhadap sesuatu perkara. Tak perlu bangga diri dgn apa yang ada, cukuplah sekadar bersyukur dan terus2an berusaha..
salam cerdik pandai buat semua...

Friday, 15 February 2008

Reiki Usui atau Kundalini??

Petikan daripada www.7chakra.com/reiki :


"Assalamualaikum.Sudah lama aku tidak menulis diruangan ini,bukannya tak sudi tapi belum ada waktu yang sesuai…mungkin jua salah ku yang tak pandai membahagi masa… Aku umpama kekasih yang melupakan cintanya..bukan nya tak rindu,bukannya tak kasih..tapi itulah hakikatnya..tak ada masa…ialah nama pun hamba mana la boleh jadi sempurna.
Semalam aku terima sms dari seseorang yang bertanyakan kenapa beliau yang dah punya reiki kundalini tapi tak boleh buat macam yang aku buat?Lalu ku tanya encik belajar dari mana?siapa masternya dan dari mana?bukannya aku penyibuk tapi aku pelik.Dia dah menggambil reiki kundalini tapi melalui pos sejak thn 2006 dengan bayaran rm550…bagi aku itu merupana satu bayaran yang mahal tapi sesia sahaja sebab tidak tau macam mana nak menggunakan malah tidak paham apa itu reiki…apa itu kundalini…
Lalu aku sms kepadanya suruh datang ketempat aku belajar diShah Alam.Aku cuma belajar REIKI USUI tapi aku tau pasal kundalini…sebab apa dia yang amik khas kundalini tak tau…?
Aku katakan kami diShah Alam belajar makan masa yang lama tak la satu hari jer dah dapat master,tak lah pakai pos jer dah tau semua.Lalu dia bersms lagi bertanya macam mana cara pernafasan..adusss susah la aku nak jawab kalau itu pun dia tak tau.
Pada encik yang membaca cerita ini aku syorkan datanglah kecenter kami…tengok sendiri dengan mata dan pandangan sendiri,aku hanya boleh bercerita tapi kalau nak tau semua sila lah
kesana…."



Mmm nampaknya ramai yang masih keliru tentang ilmu dan teknik penyembuhan bio-energi atau Reiki itu sendiri. Oleh saranan saya amatlah penting untuk anda mengetahui dan menyelidik dahulu latarbelakang ilmu, guru yang mengajar mestilah bertauliah dan berdaftar dengan persatuan yang diiktiraf kerajaan dan hendaklah bersungguh mempelajari sesuatu ilmu dan bukannya dgn jalan pintas menerusi program2 umpama mee segera yang membolehkan anda mendapat pengijazahan peringkat tertinggi dalam sekelip mata.

Berikut adalah sedikit ulasan, penerangan dan terjemahan untuk yang memerlukan :





REIKI

Sejak awal permulaan tamadun lagi, manusia sering dan sentiasa mencari penawar kepada kesakitan yang dialami melalui penggunaan kaedah-kaedah penyembuhan. Akan tetapi, melalui seni penyembuhan juga boleh menjadi asas kepada kesedaran dan pembentukan kerohanian seseorang. Bahkan pada hari ini, dari segi intelektual sekalipun tidak dapat menjelaskan kuasa penyembuhan sebenarnya.

Reiki, merupakan perkataan dari bahasa Jepun yang disebut ‘ray-key’, boleh diterjemahkan sebagai ‘Tenaga Kehidupan Alam’ (universal life force) atau ‘Tenaga Alam’ (universal guided energy), dan mempunyai maksud asas yang sama dengan ‘Chi’ (Cina), ‘Prana’ (Sanskrit) dan ‘Barakah’/ ‘Qudrah’ (Islam). Reiki kebiasaannya diaplikasikan dengan sentuhan tangan kepada chakra, akan tetapi boleh juga dialirkan melalui anggota lain seperti kaki, lengan, siku dan dahi (chakra ajna) mengikut keperluan. Ini menjadikannya lebih mudah dan dapat diamalkan juga oleh mereka yang tidak sempurna fizikalnya. Reiki juga boleh diaplikasikan melalui kaedah penyembuhan jarak jauh.



Tiga Peringkat Pengijazahan Reiki

Ada 3 peringkat (level) pengijazahan Reiki. Namun begitu, satu-satunya had dan keterbatasan peningkatan dan pengalaman; adalah kehendak dan kemahuan bagaimana anda memilih untuk mengamalkan Reiki. Jika niat anda ikhlas, Reiki akan membantu perkembangan rohani hingga ke peringkat paling tinggi.

LEVEL 1
Merawat Diri Sendiri

LEVEL 2
Merawat Ahli Keluarga dan Rakan-rakan

LEVEL 3A
(Latihan Reiki Lanjutan (Advanced))
Pengamal Profesional atau Merawat Orang Lain

Peringkat Master
‘Reiki Master’ atau Pembentukan Diri Sendiri (Self Development)



KUNDALINI

‘Kundalini’ bererti ‘the curl in the hair of the Beloved’ atau pintalan yang terhubung dengan Yang Maha Pencipta dan ia merupakan simbol cetusan kepada bukaan pada lipatan kesedaran dalaman pada sifat kerohanian kita. Kundalini merupakan potensi kerohanian yang terpendam, terletak dalam kedudukan seperti lingkaran ular pada dasar tulang belakang. Ia bergulung naik seperti ular dan memasuki sistem chakra melalui chakra dasar.

Tujuannya adalah untuk membangkitkan kesedaran ; proses menaiki melalui chakra-chakra hingga ke chakra mahkota dan penyambungan di antaranya dipanggil kebangkitan Kundalini.






Maksud Penyembuhan :

‘Sembuh’ tidak semestinya bererti ‘pulih’, walaupun ianya boleh berlaku. Penyembuhan boleh menenangkan minda, memberi rasa kelegaan, mengurangkan kesakitan dan tenang menerima keadaan.




Untuk pembelajaran yang lebih khusus, berdaftarlah untuk belajar dan boleh hubungi 03-58804349 Malaysian Institute for Reiki (MIR) atau hubungi saya sendiri.

Master HUda

0192762006.

Thursday, 14 February 2008

saya SAYANG WANG

Petikan dari forum RESQ56 : http://www.resq56.com/




"hari ini 14022008.. Saya melakukan RESQ56 untuk DIRI & KELUARGA demi KASIH yang tiada batas atas rasa KECINTAAN dan KASIH SAYANG.



Saya semakin penuh dgn kasih... saya semakin mengasihi dan dikasihi.. saya semakin cinta dan menyintai... saya SAYANGKAN WANG demi SAYANGnya wang terhadap saya. Saya sentiasa merindui setiap helai NOT WANG dan SYILING yang telah pergi meninggalkan saya demi menebus sewabeli, bil2, keperluan asas, kehendak dan segalanya yang perlu saya sempurnakan DEMI KECINTAAN saya pada HIDUP SAYA. RINDU saya ini akan menemukan kami kembali SEBENTAR SAHAJA lagi. Mereka akan DATANG semula dengan RELA dan GEMBIRA untuk BERKASIH dgn saya. Mereka akan KEMBALI dengan TEMAN-TEMAN yang baru.. KASIH SAYA AKAN BERGANDA dan BERGANDA!." Oh Tuhan... terima kasihku atas CINTA kami ini.

Mir Hazil Azran Ramli
_________________

Hayati tiap saat sebagai suatu anugerah.. suatu nikmat kekayaan.. anda akan menarik LEBIH banyak KEKAYAAN dalam hidup.”

Haaa...amacam...hebatkan?? saya suka wahhhhaaahahaa...part sayang uuwaang tu saya paling suka..anda bagaimana?

Monday, 11 February 2008

Master Nurul di Kuching, Sarawak

Salam namaste.
Salam pada semua. Kini saya berada di kuching untuk urusan kerja. Bagi yang memerlukan khidmat konsultasi dan rawatan terutama bagi mereka di kuching bolehlah menghubungi saya untuk temujanji. Khidmat konsultasi dan rawatan terhadap permasalahan gangguan emosi, minda stress, fizikal dan spiritual.

Bagi yang berminat ingin mengatahui tentang Ilmu Perubatan Tenaga Alam Reiki juga boleh menghubungi saya untuk mengetahui lebih info tentang kursus yang ditawarkan serta produk-produk energi 7chakra.
Salam Kedamaian...
Master Nurul 019-2762006

Thursday, 7 February 2008

Salam Qong Xi Fa Cai



Salam Tahun Baru Cina pada semua yang merayakannya. Haa tahun ini semua memperkatakan mengenai kehebatan tahun tikus iaitu tahun pertama dalam kalendar cina. Tikus juga dikatakan simbol kekayaan dan kemakmuran. Sedikit petikan mengenai tahun ini :

THE YEAR OF THE RAT, 2008
February 7, 2008 - January 25, 2009 (Earth)


According to the Chinese Zodiac, the Year of 2008 is a Year of the Rat (Earth), which begins on February 7, 2008 and ends on January 25, 2009. First in the cycle of 12 Animal signs, Rat Year begins the sequence and recurs every twelfth year. It is a time of renewal in so many ways.



A Rat Year is a time of hard work, activity, and renewal. This is a good year to begin a new job, get married, launch a product or make a fresh start.

Ventures begun now may not yield fast returns, but opportunities will come for people who are well prepared and resourceful.

In Chinese, the Rat is respected and considered a courageous, enterprising person. People born in the Year of Rat are clever and bright, sociable and family-minded. They have broad interests and strong ability in adapting to the environment and able to react adequately to any changes.

Pada yang lahir pada tahun tikus , tahun ini dikatakan tahun yang amat bertuah bagi anda semua sekiranya segala cita2 dan hasrat yang terpendam di rancang sebaiknya dan dilaksanakan sebaiknya. Selamat Maju Jaya untuk anda. Tapi ini bukan bermakna bagi mereka yang lahir pada tahun2 lain tidak bertuah, namun sekiranya bijak mencuri peluang maka segalanya pasti menjadi milik anda.




Salam Kemakmuran dan Salam Kekayaan...



TIPS:
Dari feng sui master , dikatakan jika ada yang nak beli rumah pada tahun ini eloklah yang mengadap utara , manakala elemen2 dalam rumah digalakkan lebih kepada elemen kayu kerana tahun ini merupakan tahun api. Dgn adanya wood element dapat menyemarakkan lagi api dan warna merah akan dapat menarik lebih banyak Ong!

Warna2 Ong untuk tahun ini sebaiknya Merah , hijau dan Gold (warna emas) bersempena tahun yang dikatakan membawa lebih gold energy. Jadi siapa2 nak shopping baju baru sempena bonus2 yang berlebihan tu bawa2 le beli baju merah ,hijau dan emas!!

Tuesday, 5 February 2008

WHAT ITS GONNA BE??

Salam. Agak lama tidak menulis sesuatu di sini. Agak kesibukan dengan membantu kelas2 Reiki pada hujung minggu juga preparation untuk beberapa mesyuarat. Hari ini saya ingin menulis mengenai bagaimana menangani kesukaran , ujian dan musibah yang berlaku. Ia mungkin sekecil2 dugaan mahupun malang yang amat dahsyat melibatkan kehilangan nyawa dan harta benda.

Tanya pada diri kita dalam-dalam. Apabila kita bangun pagi adakah diri kita ini telah bersedia menempuhi segala baik buruk pada hari tersebut? Juga sudahkah kita bersedia menerima berita-berita yang kurang menggembirakan ?



Kita selalu memperkatakan tentang bagaimana kita perlu sentiasa positif dalam semua perkara bagi menarik lebih perkara-perkara positif berlaku pada kita. Pun begitu kadangkala kita tetap akan diuji kerana yang hidup pasti akan mati, yang putih pasti ada hitamnya , malam pasti ada siangnya, pasang pasti ada surutnya , yang baik pasti ada kelemahannya juga dan bermacam2 lagi (hukum pasangan).


Tatkala kita menghadapi kesusahan , menerima berita sedih, mengalami kerugian dan pelbagai lagi apa yang biasa kita lakukan?? Rasa marah , kecewa , sedih , hati tak tenteram , menangis , beremosi dan pelbagai lagi. Semua ini merupakan reaksi normal bagi keadaan dan situasi begini. Reaksi ini adalah kerana seluruh anggota tubuh kita sedang memberi signal bagi tindakan pada situasi atau berita yang diterima. Oleh sebab itu sering kita berasa debaran yang kuat, pening kepala kadangkala hingga pitam akibat oksigen tidak sampai ke otak dan mcm2 lagi.

Namun tahu tak bahawa kita boleh mengawal keadaan dan kita boleh tetap merasa tenang dalam apa jua keadaan. Rahsianya ialah dengan menerima keadaan atau apa jua berita yang kurang menyenangkan itu. Terima dalam erti kata secara fizikal, secara mental, secara rohaniahnya kita terima keadaan itu.

Contohnya , kita boleh berkata pada diri kita secara lisan mahupun dalam hati ;





'aku terima musibah ini, aku redha dan aku pasrah'





Secara tak langsung tubuh fizikal menghantar isyarat pada minda dan emosi bahawa kita telah alert dgn keadaan yang berlaku bagi menghentikan atau mengurangkan rasa debaran , sebak atau pun kesedihan yang kita alami dan rasai didalam. Jika tidak signal atau isyarat itu akan terus-terusan berlaku dan kita akan lebih rasa gementar, berdebar dan sebak yang tak terkawal lalu menitiskan air mata.

Apabila kita telah menerima keadaan ini, kemudian pejamkanlah mata dan cuba lapangkan fikiran anda seketika. Tarik nafas anda sedalam mungkin dan hembuskan dengan perlahan-lahan. Anda akan dapat rasakan sedikit kelegaan di situ. Tujuannya adalah supaya negativiti yang kita terima tidak terus bergetar dan melekat pada kotak fikiran kita. Hembusan nafas perlulah dgn harapan semua yang negatif akan terhembus keluar.

Setelah anda bertenang sebentar , kemudian barulah anda memikirkan bagaimana atau apakah langkah seterusnya yang perlu anda lakukan bagi menangani permasalahan tersebut. Sentiasa ingatlah bahawa tatkala itu tiada apa yang boleh anda lakukan lagi bagi mengelak ianya terjadi kerana ia telah pun berlaku. Yang harus dititikberatkan ialah bagaimana menghadapi dan agar ia tidak berlarutan. Insyaallah saya pasti anda akan merasa sedikit ketenangan dalam menghadapi apa jua musibah yang menimpa.

Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab dan tujuannya. Ia adalah bergantung pada diri kita bagaimana untuk menentukan keputusan dan result bagi menghadapi kedaan itu. Jika anda take it easy , maka senanglah ia..jika anda terlalu runsing maka bertambah teruklah jadinya.



Hari ini juga dalam kesibukan saya di uji dengan pelbagai dugaan. Diuji secara emosi, diuji kesabaran dan diuji kekuatan dalaman. Antara career dan kemanusiaan. Hingga mengganggu dan menjejaskan segala perancangan. Makan gaji sentiasa terikat dengan tanggungjawab dan arahan pihak atasan. Segalanya terbatas.Mulanya agak marah sedikit namun saya pilih untuk tidak terus-terusan dalam keadaan itu. Pasti ada yang hikmah semua ini berlaku. Saya segera menukar fikiran negarif saya pada yang lebih positif. Saya tenang dan saya terus memikirkan langkah seterusnya bagi menghadapi dugaan ini. Mungkin yang berlaku adalah satu faktor penggerak bagi saya mengambil langkah seterusnya dalam kerjaya dan hidup ini. Hanya padaNya saya mengadu kerana saya tahu Dia pasti membantu.



Jadi , kuasa di tangan anda. Apa yang anda mahukan?wht its gonna be? Hitam atau Putih? Senyum atau ketawa? Saya memilih untuk senyum riang dan ketawa gembira...



Salam Cahaya... Salam ketawa... Salam Riang Ria.....

Friday, 1 February 2008

Are they all the same??



Aku termanggu sendirian. Hari ni bagaikan semuanya tak kena. Terima surat dari pihak kementerian yang aku selalu berurusan..yang menjadi isunya mensyuarat akan diadakan pada 5hb Feb 2008. Kalau dalam keadaan biasa aku akur dan tenang saja..tapi tarikh dan waktu amat singkat dan tambahan lagi semua consultant ku dari seberang sana memerlukan tiket penerbangan untuk menghadiri mensyuarat itu.. dan ianya dijadualkan 2hari sebelum cuti tahun baru cina. Sudahnya tiket tak ada dan mereka semua memang keberatan nak datang sebab mostly chinese. Well i can understand their situation and some dah pi bercuti pun..the thing is why..why can't THEY??..They tu aku maksudkan yang menghantar surat jemputan mesyuarat lah..ini bukan kali pertama..tak pernah sensitif langsung.Tak pernah faham kesusahan dan untung rugi orang lain..kesuntukan masa dan sambutan perayaan sekeliling.. Aku jugalah yang akhirnya terpaksa memikul tugas2 mereka yang tidak dapat hadir.. Lebih syahdu, bila ku cuba menghubungi yang pihak yang mengatur mesyuarat..semuanya pergi bercuti!! minggu depan baru ada.




Aku sungguh kecewa dan amat kesal dengan sesetengah pihak yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja.. kadang-kadang dirasakan diri amat hebat dan berkuasa..hingga memaksa semua menurut kata dan menghormati mereka. Ada pula yang tidak perasaan langsung akan kekurangan dalam perkhidmatan dek terlalu leka dan asyik dengan suasana kerja yang tanpa tekanan.Sudahnya org ke angkasa, mereka masih tak kemana..Ada yang mengambil masa terlalu panjang bagi menyudahkan sesuatu kerja..dan macam-macam lagi lah kerenahnya. Adakah mereka ini semua sama?? mmm...


Buat mereka ini..ayuh bangun dan sedarlah. usahlah kita asyik dalam comfort zone masing2 hingga terlupa dan alpa pada peredaran semasa..buat yang tergolong dalam golongan 'mereka' yang ku maksudkan..ayuh sahut cabaran. Berilah perkhidmatan sebaik mungkin. Berubahlah..berilah lebih keringat dan akalmu..untuk negara..Negara yang telah banyak memberi dan memberi pada kamu semua..


P/s: Salam takziah atas pemergian seniman yang bergelar LOLOQ...