Friday, 1 February 2008

Are they all the same??



Aku termanggu sendirian. Hari ni bagaikan semuanya tak kena. Terima surat dari pihak kementerian yang aku selalu berurusan..yang menjadi isunya mensyuarat akan diadakan pada 5hb Feb 2008. Kalau dalam keadaan biasa aku akur dan tenang saja..tapi tarikh dan waktu amat singkat dan tambahan lagi semua consultant ku dari seberang sana memerlukan tiket penerbangan untuk menghadiri mensyuarat itu.. dan ianya dijadualkan 2hari sebelum cuti tahun baru cina. Sudahnya tiket tak ada dan mereka semua memang keberatan nak datang sebab mostly chinese. Well i can understand their situation and some dah pi bercuti pun..the thing is why..why can't THEY??..They tu aku maksudkan yang menghantar surat jemputan mesyuarat lah..ini bukan kali pertama..tak pernah sensitif langsung.Tak pernah faham kesusahan dan untung rugi orang lain..kesuntukan masa dan sambutan perayaan sekeliling.. Aku jugalah yang akhirnya terpaksa memikul tugas2 mereka yang tidak dapat hadir.. Lebih syahdu, bila ku cuba menghubungi yang pihak yang mengatur mesyuarat..semuanya pergi bercuti!! minggu depan baru ada.




Aku sungguh kecewa dan amat kesal dengan sesetengah pihak yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja.. kadang-kadang dirasakan diri amat hebat dan berkuasa..hingga memaksa semua menurut kata dan menghormati mereka. Ada pula yang tidak perasaan langsung akan kekurangan dalam perkhidmatan dek terlalu leka dan asyik dengan suasana kerja yang tanpa tekanan.Sudahnya org ke angkasa, mereka masih tak kemana..Ada yang mengambil masa terlalu panjang bagi menyudahkan sesuatu kerja..dan macam-macam lagi lah kerenahnya. Adakah mereka ini semua sama?? mmm...


Buat mereka ini..ayuh bangun dan sedarlah. usahlah kita asyik dalam comfort zone masing2 hingga terlupa dan alpa pada peredaran semasa..buat yang tergolong dalam golongan 'mereka' yang ku maksudkan..ayuh sahut cabaran. Berilah perkhidmatan sebaik mungkin. Berubahlah..berilah lebih keringat dan akalmu..untuk negara..Negara yang telah banyak memberi dan memberi pada kamu semua..


P/s: Salam takziah atas pemergian seniman yang bergelar LOLOQ...



2 comments:

knv said...

tak semua sama. tapi yang malangnya sesapa yang deal ngan kita tu jadi camtu la pulak. hehehehe..

HUda said...

our expectations too high ke or cekap sangat or perasan sendiri?? hehe.. mungkin tanda kita lagi sesuai dalam sesuatu environment dan mungkin juga menguji kekuatan dalaman dan luaran kita menghadapi org2 yang sebegini..sabar je lah kan..