Tuesday, 5 February 2008

WHAT ITS GONNA BE??

Salam. Agak lama tidak menulis sesuatu di sini. Agak kesibukan dengan membantu kelas2 Reiki pada hujung minggu juga preparation untuk beberapa mesyuarat. Hari ini saya ingin menulis mengenai bagaimana menangani kesukaran , ujian dan musibah yang berlaku. Ia mungkin sekecil2 dugaan mahupun malang yang amat dahsyat melibatkan kehilangan nyawa dan harta benda.

Tanya pada diri kita dalam-dalam. Apabila kita bangun pagi adakah diri kita ini telah bersedia menempuhi segala baik buruk pada hari tersebut? Juga sudahkah kita bersedia menerima berita-berita yang kurang menggembirakan ?



Kita selalu memperkatakan tentang bagaimana kita perlu sentiasa positif dalam semua perkara bagi menarik lebih perkara-perkara positif berlaku pada kita. Pun begitu kadangkala kita tetap akan diuji kerana yang hidup pasti akan mati, yang putih pasti ada hitamnya , malam pasti ada siangnya, pasang pasti ada surutnya , yang baik pasti ada kelemahannya juga dan bermacam2 lagi (hukum pasangan).


Tatkala kita menghadapi kesusahan , menerima berita sedih, mengalami kerugian dan pelbagai lagi apa yang biasa kita lakukan?? Rasa marah , kecewa , sedih , hati tak tenteram , menangis , beremosi dan pelbagai lagi. Semua ini merupakan reaksi normal bagi keadaan dan situasi begini. Reaksi ini adalah kerana seluruh anggota tubuh kita sedang memberi signal bagi tindakan pada situasi atau berita yang diterima. Oleh sebab itu sering kita berasa debaran yang kuat, pening kepala kadangkala hingga pitam akibat oksigen tidak sampai ke otak dan mcm2 lagi.

Namun tahu tak bahawa kita boleh mengawal keadaan dan kita boleh tetap merasa tenang dalam apa jua keadaan. Rahsianya ialah dengan menerima keadaan atau apa jua berita yang kurang menyenangkan itu. Terima dalam erti kata secara fizikal, secara mental, secara rohaniahnya kita terima keadaan itu.

Contohnya , kita boleh berkata pada diri kita secara lisan mahupun dalam hati ;





'aku terima musibah ini, aku redha dan aku pasrah'





Secara tak langsung tubuh fizikal menghantar isyarat pada minda dan emosi bahawa kita telah alert dgn keadaan yang berlaku bagi menghentikan atau mengurangkan rasa debaran , sebak atau pun kesedihan yang kita alami dan rasai didalam. Jika tidak signal atau isyarat itu akan terus-terusan berlaku dan kita akan lebih rasa gementar, berdebar dan sebak yang tak terkawal lalu menitiskan air mata.

Apabila kita telah menerima keadaan ini, kemudian pejamkanlah mata dan cuba lapangkan fikiran anda seketika. Tarik nafas anda sedalam mungkin dan hembuskan dengan perlahan-lahan. Anda akan dapat rasakan sedikit kelegaan di situ. Tujuannya adalah supaya negativiti yang kita terima tidak terus bergetar dan melekat pada kotak fikiran kita. Hembusan nafas perlulah dgn harapan semua yang negatif akan terhembus keluar.

Setelah anda bertenang sebentar , kemudian barulah anda memikirkan bagaimana atau apakah langkah seterusnya yang perlu anda lakukan bagi menangani permasalahan tersebut. Sentiasa ingatlah bahawa tatkala itu tiada apa yang boleh anda lakukan lagi bagi mengelak ianya terjadi kerana ia telah pun berlaku. Yang harus dititikberatkan ialah bagaimana menghadapi dan agar ia tidak berlarutan. Insyaallah saya pasti anda akan merasa sedikit ketenangan dalam menghadapi apa jua musibah yang menimpa.

Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab dan tujuannya. Ia adalah bergantung pada diri kita bagaimana untuk menentukan keputusan dan result bagi menghadapi kedaan itu. Jika anda take it easy , maka senanglah ia..jika anda terlalu runsing maka bertambah teruklah jadinya.



Hari ini juga dalam kesibukan saya di uji dengan pelbagai dugaan. Diuji secara emosi, diuji kesabaran dan diuji kekuatan dalaman. Antara career dan kemanusiaan. Hingga mengganggu dan menjejaskan segala perancangan. Makan gaji sentiasa terikat dengan tanggungjawab dan arahan pihak atasan. Segalanya terbatas.Mulanya agak marah sedikit namun saya pilih untuk tidak terus-terusan dalam keadaan itu. Pasti ada yang hikmah semua ini berlaku. Saya segera menukar fikiran negarif saya pada yang lebih positif. Saya tenang dan saya terus memikirkan langkah seterusnya bagi menghadapi dugaan ini. Mungkin yang berlaku adalah satu faktor penggerak bagi saya mengambil langkah seterusnya dalam kerjaya dan hidup ini. Hanya padaNya saya mengadu kerana saya tahu Dia pasti membantu.



Jadi , kuasa di tangan anda. Apa yang anda mahukan?wht its gonna be? Hitam atau Putih? Senyum atau ketawa? Saya memilih untuk senyum riang dan ketawa gembira...



Salam Cahaya... Salam ketawa... Salam Riang Ria.....

4 comments:

Anonymous said...

hoye2...
setuju ngan kak nurul.. 1000%x

HUda said...

Hai..tq..kerana sokong saya .undilah saya pada pilihanraya akan datang hehe...

** permasalahan yang saya hadapi hari ini berkat kesabaran semalam semuanya berpihak pada saya..Alhamdulilah.. yang hitam bertukar menjadi putih..itulah kuasa dari dalam diri dan minda anda..

knv said...

hehehehe...
hamba pungg begitu.. pilih yang lawa2 aje, yang cantik2 aje, yang mahal2 aje, yang banyak2 aje...

boleh gitu?? ;-PP

HUda said...

ana,
dah tentu boleh aja...yang BESAR2, yang SINAR2, yang KILAU2 dan sewaktunya lah..hehe..

P/S :Ada teman berkata " tahu tak bau yang paling sedap di dunia adalah bau duit baru dan baju baru!" mmmm masuk akal masuk akal..